Skip to main content

Luluh Hati... Berderai Air Mata Melihat Betis Anak Hampir Koyak Di Rotan Cikgu Disiplin


"Papa Isaac tak puasa sebab kena rotan dengan cikgu" itu perkataan pertama yang disebutnya sebaik sahaja sampai di pintu rumah. Sebagai ibu bapa hanya terdetik dihati adalah mungkin guru tersebut bertindak sedemikian kerana anak muridnya nakal.

Ibu bapa pelajar ini tidak menyedari bahawa keadaan anaknya agak teruk kerana kelihatan jelas bekas rotan di betisnya,lebih pilu lagi kulitnya tersiat akibat daripada hukuman tersebut.

Pelajar malang ini telah menunjukkan kepada ibu bapanya bekas rotan yang terdapat diseluruh bahagian betisnya.Mangsa juga meletakkan sedikit minyak gamat supaya luka tersebut cepat kering.

Sebagai seorang ibu dan ayah sudah tentu mereka sedih melihat keadaan anaknya akibat di rotan oleh guru disiplin.Bayangkan kanak-kanak baru berusia 7 tahun dirotan sehinggakan kuitnya tersiat adakah itu tidakan yang wajar untuk mendidik?

Kejam! Hanya itu sahaja yang boleh diperkatakan kepada guru berkenaan.Meskipun, tindakkan guru terbabit untuk mendidik atau untuk memberi pengajaran jangan lah sehingga mendatangkan kecederaan.

Kisah ini telah dikongsikan oleh bapa kepada pelajar ini di Facebook dan telah mendapat 18,973 perkongsian di media sosial.

Menurut bapa kepada pelajar ini yang menggunakan nama Lebai Kay Khairil Sharwane di Fcaebooknya pihak sekolah tidak memberikan kerjasama terhadap kes ini.Khairil juga mendakwa bahawa dia ada menelefon pihak sekolah mengenai kes ini namun,pelbagai alasan telah diberikan untuk mengelak.

Ekoran daripada kejadian ini,bapanya telah bertindak membuat satu laporan polis mengenai kes ini kerana guru terbabit terlah bertindak kejam.Beliau juga menyatakan biar pihak polis sahaja yang menguruskannya.

Selain itu,report dari Hospital Ampang juga telah dibuat bagi mengukuhkan bukti bahawa anaknya telah didera.Editor-Sofia






Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...