Video Perompak Dipukul Oleh Pekerja Stesen Minyak


Satu kejadian telah berlaku di mana beberapa orang pekerja stesen minyak bertindak memukul seorang perompak yang cuba merompak stesen minyak itu.

Kejadian ini dikatakan telah berlaku di BHP Tebrau, Johor Bharu di mana menurut maklumat orang awam, dua orang perompak telah cuba merompak di stesen minyak terbabit.

Namun, hanya seorang perompak yang berjaya ditangkap oleh pekerja stesen minyak itu manakala seorang lagi perompak telah berjaya melarikan diri.

Melalui video yang berdurasi 1 minit 21 saat itu menunjukkan tiga orang pekerja bertindak memukul perompak terbabit sambil disaksikan oleh orang awam yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Pekerja yang bertindak memukul suspek juga turut membawa peralatan di tangan mereka kerana dikhuatiri suspek akan melarikan diri.

Dalam pada masa yang sama, perompak terbabit juga cuba merayu agar dia tidak dipukul lagi namun pekerja tersebut mengendahkannya. Editor: Iera