Skip to main content

"Saya Tidak Setabah Watak Sabrina" - Elizad Minta Dilepaskan Sekiranya Suami Mahu Kahwin Lain


Menerusi drama bersiri Syurga Yang Kedua, aktres Siti Elizad yang memegang watak wanita yang bermadu bersama rakan baik sendiri berkata dia mempunyai pendapat sendiri tentang poligami.

Elizad berkata sekiranya suaminya mahu berkahwin dengan wanita lain dia akan izinkan namun tidak sanggup berkongsi kasih.

Menerusi perkahwinannya bersama lelaki yang mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan sebelum ini, Elizad masih belum dikurniakan cahaya mata dan berkata jika tiada rezeki dia untuk hamil dan suami mahukan anak lagi dia izinkan suaminya berkahwin lain.

Menurut Elizad bermadu itu indah, namun sekiranya dia tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut dia akan minta dilepaskan.

Elizad mengakui bahawa dia seorang wanita yang positif dan mahu menikmati kehidupan dengan penuh tenang.

“Di dunia nyata, saya tidaklah setabah watak Sabrina yang hidup berkongsi suami dengan rakan sendiri. Saya tak mahu perkara negatif mempengaruhi hidup saya.

“Andai kata saya hidup dalam suasana bermadu, tipulah jika hati wanita ini tidak terusik langsung. Pastinya itu akan mengganggu emosi dan saya tidak gemar hidup dalam suasana tidak tenteram.

“Saya rela mengalah jika perkara tersebut boleh membuatkan hidup saya tenang dan bahagia tanpa memikirkan anasir negatif,” katanya lagi.

Elizad yang ditemui dalam majlis tayangan episod akhir drama bersiri Syurga Yang Kedua yang diadakan di The Podium Penchala pada Isnin lalu anjuran kelab peminat Elizad, Elizad Team dan kelab peminat Fasha Sandha, We Love Fasha Sandha berkata terharu dengan usaha yang ditunjukkan oleh peminat yang tidak berhenti menyokong.

“Mereka mengikuti drama bersiri Syurga Yang Kedua dan saya bersyukur mereka menggemarinya. Ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk memberikan hasil kerja terbaik dalam naskah akan datang,” katanya lagi. Sumber:Astro Gempak , Editor:Anna




Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut