Isteri Kedua Penyanyi Indonesia, Opick, Meninggal Dunia


INDONESIA: Isteri kedua penyanyi nasyid terkenal Indonesia iaitu Opick dipercayai telah meninggal dunia sekitar jam 9 malam tadi.

Wulan Maya Sari Binti Hanis Sudiyono, 34, itu dilaporkan mulai sakit selepas dia selamat melahirkan bayinya kira-kira pada dua bulan yang lalu.

Namun, apa yang menyedihkan adalah bayi tersebut dikatakan telah meninggal dunia ketika masih berada dalam kandungan semasa kandungan tersebut berusia lapan bulan.

Wulan sempat dikejarkan ke hospital yang berhampiran sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi suami serta ahli keluarganya yang lain.

Dalam pada itu, jenazah Wulan bakal ditempatkan di rumah 'duka' di kawasan Cakung, Jakarta Timur dan dijadualkan akan dikebumikan selepas Zohor ini.

Bagaimanapun, Opick telah memiliki seorang lagi isteri iaitu Dian Rositaningrum, yang dikahwininya pada 2002 yang lalu di mana dia telah dikurniakan dengan enam orang anak. Sumber: Harian Metro, Editor: S