Skip to main content

Lan Solo Dan Isteri Bersyukur Dapat Anak "Istimewa"


Lan Solo yang dikenali sebagai seorang penyanyi yang juga merupakan finalis Gegar Vaganza 4, dan juga isterinya Sheila bakal menimang cahaya mata ke empat tidak lama lagi.

Menerusi satu entri di Instagram, isteri Lan Solo memberitahu bahawa doktor telah mengesahkan bayi dalam kandungannya sumbing.

Bagaimanapun, menurut Sheila dia tidak kisah mengenai fizikal bayi itu yang penting anak kesayangan yang bakal lahir itu berada dalam keadaan sihat.

Sheila memuat naik foto imbasan kandungan yang menunjukkan bahagian sumbing berkenaan.

“Lama KY tak update psl baby kan. Alhamdulillah dah #33weeks. Baby sihat dan aktif sangat-sangat! Ok, ini latest scan 4D yang baru kami buat.

“Memang SAH & CONFIRM baby kami cleft. Cuma tak pasti cleft lip sahaja atau cleft palate skali dan ukuran cleft tu pun sangat kecik. 0.33cm sahaja still comel!

“Semua tu tak penting, yang menjadi keutamaan kami sekarang adalah kesihatan baby dan mommy.

“Oh ye, she's a GIRL! So @lansolo_official ada 3 anak dara dan 1 mak dara untuk dijaga hatinya haha ini bermakna kuota 4 dah FULL!” tulisnya.

Pada masa yang sama, Sheila juga berkata ibu bapa perlu berbangga sekiranya dianugerahkan anak istimewa.

“Dear mom & dad out there.. kita perlu BANGGA bila kita dapat anugerah baby special ni dari Allah. Allah bagi extra income untuk kita tambah pahala sebab?

“Diuji kesabaran kita - pahala. Diperkatakan tentang anak - pahala. Diumpat - pahala. Dikeji - pahala. See.. Allah bagi kelebihan then ENJOY IT mom! Positif. #LanSolo #LAN #AnakAnakLanSolo #AnakDaraKetiga #CleftBaby,” tulis Sheila

Semoga anak yang bakal lahir itu sihat dan comel serta membesar menjadi anak yang baik. Sumber:Astro Gempak , Editor:Farhana

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...