Fathia Latiff Mahu Bagi Peluang Kedua Kepada Perogol


Fathia Latiff merupakan salah seorang artis yang sentiasa dipenuhi kontroversi sekali lagi mendapat perhatian di media sosial kerana memuat naik status di twitter memberi reaksi terhadap satu berita tentang hukuman yang telah dijatuhkan kepada seorang penjenayah.

Berita itu menunjukkan seorang penganggur telah dijatuhkan hukuman mati dan penjara 18 tahun serta 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini selepas didapati bersalah kerana merogol dan membunuh seorang suri rumah tiga tahun lalu di Gua Musang, Kelantan.

Fathia memberikan komen dengan menulis tidakkah undang undang boleh memberikan peluang kedua kepada individu tersebut sedangkan jenayah itu telah dilakukan lebih 3 tahun dulu.

Pandangan Fathia Latiff itu mendapat kecaman dari netizen kerana ramai yang tidak bersetuju dan mereka berkata urusan taubat antara individu itu dengan Tuhan urusan peribadi juga hukuman dunia mesti dilaksanakan untuk pengajaran. Sumber:OBulan , Editor:Farhana