Skip to main content

Saya Kan Dah Potong, Datang Mana Kunyit Itu, Maafkan Saya Jika Status Ini Mengguris Hati - Safiey Ilias


Siapa sahaja yang tidak mengenali usahawan kosmetik yang terkenal ini. Sebut sahaja Safiey Ilias pasti kita semua tahu siapa orang nya. Pada tahun lepas Safiey telah membuat satu pengakuan bahawa diri nya bukan lagi seorang 'maknya' atau 'pondan'. Malah dia juga menyatakan bahawa telah menjalani pelbagai pembedahan untuk membuang silikon yang ditanam pada seluruh anggota badan nya.

Baru-baru ini Safiey Ilias sekali kali mencetuskan kontroversi apabila dia memakai pakaian wanita dan bersolek. Kecaman serta tohmahan hebat telah diterima oleh nya di laman Instagram. Tetapi Safiey tidak berdiam diri. Respons darinya betul-betul mengejutkan kita semua.

"Saya kan dan potong,datang mana kunyit tu?".

Tak faham lah.. kenapa lah bila saya up gambar dgn kawan2 lelaki korang akan cakap “kunyit” , “gay” dan macam2 lagi..Saya kan dh potong.. datang mana lah kunyit tu.. cakap seolah-olah saya ni berzina pulak. Lagipun lelaki dengan lelaki kot, apa masalahnya betul tak? Bukan kena samak pun (betul ke ayat ni?). habis tu kalau awk yg dah kahwen lepak dgn lelaki lembut atau kunyit bermaksud awk kunyit juga ke ? Kalau bini awk semua lepak dgn tomboy pun dikira lesbian ke?

Maafkan saya jika status ini mengguris hati.

"Saya juga ada hati dan perasaan. Tetapi selagi boleh bersabar saya akan sabar. Dosa dengan Allah boleh bertaubat tetapi dosa sesama manusia? Tanggung la sendiri akibat nya. Tahu tak kenapa saya tak balas segala tohmahan yang dilontarkan?

"Sebab saya takut nanti kena cari orang yang saya hina tu untuk minta maaf. Jangan disebabkan satu perkataan yang boleh menguriskan hati seseorang itu , ia nya menjadi penghalang untuk kita semua masuk syurga. Sangat tak berbaloi".

"Macam saya pernah katakan dahulu, jika kita anggap duit adalah sebab untuk kita mendapat kawan atau pasangan, maka kita akan rasa orang yang berkawan dengan kita hanya kerana duit. Kalau kita kata kita ni cantik, kita akan rasa bahawa orang yang rapat dengan kita ni hanya kerana para rupa kita sahaja".

"Tetapi percayalah jika kita membuat kebaikan kepada orang di sekeliling kita maka, orang yang akan datang kepada kita juga adalah orang-orang yang positif aura nya dan ikhlas berkawan dengan kita".

"Maafkan saya jika status ini ada menguris hati mana-mana pihak". Sumber: OHbulan. Editor: Ila
.


Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...