Skip to main content

Padah Kerana Buat Video LIVE Tayang Emas Dan Wang Tunai, Sifu Ditembak Perompak.


KELANTAN- Seorang pengusaha alat kosmetik yang berjaya bernama Mohd Irfan atau lebih dikenali Sifu Cempaka menjadi sasaran samun dan tembak pada awal pagi tadi di Rantau Panjang, Kelantan.

Mangsa merupakan seorang pengusaha kunyit skincare dan sangat akitf di dalam lama sosial.

Laporan yang di petik dari laman sosial Facebook, Anak Jati Rantau Panjang, mangsa disamun di antara 2 hingga ke 3 pagi, dipermis perniagaan mangsa. Laporan menyatakan mangsa disamun dan ditembak pada bahagian kaki. Ada kemungkinan juga mangsa telah dipukul menggunakan objek tumpul pada bahagian kepala.

Kesemua barangan kemas serta duit mangsa telah disamun oleh tiga orang perompak yang dipercayai menaiki motosikal dan bersenjata.

Menurut halaman Facebook AJRP, kejadian berpunca akibat kekerapan mangsa membuat video 'live' di facebook nya.

Mangsa sangat terkenal dengan perniagaan yang di kendalikan secara 'live' di Facebook serta selalu menunjukkan duit dan barang kemas yang banyak. Di sebab kan ini lah ,perompak mengambil kesempatan dengan merompak mangsa memandang kan kesemua maklumat telah diperolehi dengan mudah di Facebook.

Kejadian ini merupakan iktibar dan pengajaran kepada ahli peniaga yang lain agar lebih peka dengan keadaan sekeliling dan berhati-hati kerana malang tidak berbau.

Justeru, jadikan kejadian ini sebagai peringatan kepada semua,sebaiknya apa yang kita miliki jangan di jadikan sebagai tontonan umum di laman media sosial kerana pada zaman sekarang penjenayah juga jika menggunakan medium ini sebagai salah satu tempat untuk mencari sasaran nya.

Segala apa yang kita perolehi simpan sahaja demi menjaga keselamatan kita terutamanya wang ringgit ,kerana mungkin salah seorang dari orang yang menonton video 'live' kita itu ada lah penjenayah. Gunakan media sosial dengan sebaik nya.

Hanya kerana kita alpa, jenayah boleh berlaku bila-bila masa. Jika ianya berlaku, jangan disalahkan orang lain kerana kita sendiri yang mengundang malang. Maka, beringat dan berhati-hati lah sesama sendiri untuk menjaga keselamatan serta peka dengan keadaan di sekeliling kita. Editor: Ila




Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...