Skip to main content

Siapa Sangka Gaji Pengawal Peribadi Jet Li dan Pasti Terkejut Setelah Tahu Gaji Bulan yang Diterima!!


Gaji Pembantu Peribadi Jet Li yang mengagumkan

Jet Li figura terkenal seorang produser filem, pelakon, seniman beladiri tiongkok dan juga juara Wushu. Aktor kelahiran Beijing mula berlatih ilmu bela diri seawal 8 tahun namun kini Jet Li  telah  mengurangkan penglibatannya dilayar mungkin faktor kesihatan yang kurang memuaskan.

Baru-baru ini netizen gempar berkenaan gaji yang diterima oleh pembantu Jet Li sepanjang berkhidmat dengannya.  Persoalannya siapa pembantu Jet Li? berdasarkan gambar yang tertera kelihatan abang Jet Li yang dikenali sebagai Li Liansheng bertopi sedang memegang baju yang masih bergantung di penyakut pakaian dan mengikut Jet Li sehingga menaiki kereta bersama.

Apa yang  mengagumkan netizen juga, Abang Jet Li tidak mempunyai kerja tetap tapi telah dibiayi sepenuhnya oleh Jet Li dari segi keperluan dapur serta pembiayaian pernikahan abangnya dan sebagai balasan Abang sanggup menjadi pembantu peribadi Jet Li. Li Liansheng kelihatan selesa menyediakan semua keperluan Jet Li seperti baju, makanan dan juga menjadi pemandu peribadi aktor tersebut. Jet Li juga lebih berselera menikmati makanan yang dimasak oleh abangnya sendiri.

Netizen mula berteka-teki berapakah gaji bulanan yang diterima oleh Abang Jet Li selain dibiayai kehidupan abang nya. Menurut sumber, gaji yang diterima oleh abangnya  mencecah RM120,240.00 sebulan.

Menurut satu program televisyen yang telah menjemput kesemua adik beradik  Jet Li yang terdiri daripada 2 orang abang dan 2 orang kakak, di waktu siaran kakak Jet Li  telah mengucapkan terima kasih kepada Jet Li kerana telah banyak menolong mereka setelah kematian ayah mereka 40 tahun yang lepas.

Peribadi aktor terkenal ini sangat dikagumi oleh netizen dan patut dicontohi oleh netizen sama ada pelakon atau masyarakat lain yang lebih mementingkan dan membantu keluarga terlebih dahulu.
Editor : Nsuhaili





Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...