Skip to main content

Bayi Kembar Perempuan Ini ‘Dibuang’ Ibu Bapanya kerana Jantinanya, Selepas 25 Tahun Ini Yang Terjadi



Sebagai ibu bapa, anak merupakan anugerah yang tidak ternilai tetapi tidak semua pasangan suami isteri dikurniakan cahaya mata dengan mudah , bahkan terdapat beberapa pasangan terpaksa melakukan berbagai cara untuk mendapatkan anak.

Ramai orang tua hanya berharap anak yang dikandung dilahirkan dalam keadaan sihat walafiat dan tidak mempedulikan apa sahaja jantinanya, Namun di beberapa negara, jantina anak di anggap sangat penting.

Antaranya seperti di Tiongkok, China, penduduk di sana lebih menginginkan anak lelaki daripada anak perempuan dan pernah terjadi beberapa kes di mana orang tua membuang bahkan menggugurkan anaknya ketika tahu jantinanya adalah perempuan.

Perkara yang sama juga terjadi kepada pasangan suami isteri yang berasal dari Tiongkok ini apabila mereka mengharapkan lahirnya anak lelaki namun akhirnya isterinya melahirkan anak kembar perempuan.


Disebabkan itu, mereka berasa kecewa lalu mereka memutuskan untuk menyerahkan kedua anak perempuannya kepada keluarga angkat dan kedua mereka di ambil oleh dua keluarga yang berbeza. 
Namun sudah lebih 25 tahun berlalu, sebuah kejadian yang tidak dijangka terjadi dengan dimulakan dengan rasa curiga dari beberapa pegawai di provinsi Jiangsu, Tiongkok.

Mereka dikatakan telah melihat seorang perempuan bernama Yang yang berasal dari Taizhou dan penampilan Yang dilihat sangat mirip dengan perempuan bernama Pei dari Wuxi.

Dan ketika mereka memeriksa tarikh kelahiran keduanya ternyata mereka mempunyai jarak umur satu tahun. Hal ini membuatkan para pegawai pemerintah percaya bahawa sebenarnya mereka orang yang sama.

Dipetik dari Yangtze Evening Post via Shanghaiiist, mereka akhirnya telah melakukan sebuah penyiasatan. Kumpulan penyiasat tersebut telah menjemput Yang dan dia menjelaskan bahawa dia diambil sebagai anak angkat ketika masih kecil.

Yang juga mengaku bahawa dia memiliki seorang kembar tetapi dia tidak tahu langsung maklumat tentang saudara kembarnya itu dan dia juga mengaku tidak tahu cara untuk menemukan kembarnya.

Pihak polis akhirnya mengirimkan gambar Pei kepadanya, dan Yang kemudian mengirimkan gambar tersebut pada suaminya lalu bertanya kepada suaminya, apakah wanita di dalam gambar tersebut cantik atau tidak.

Suaminya memberikan jawapan yang mengejutkan, “wanita itu dirimu, tentu saja dia cantik,” katanya, Yang juga telah berkongsi gambar Pei ke group chatting keluarganya.

Tetapi ternyata tidak ada seorang pun yang menyedari kejanggalan terhadap gambar tersebut. Pada akhirnya, pihak polis berjaya menghubungi Pei mengenai kejadian itu. Pei dan suaminya merasa sangat terkejut dengan khabar yang diterimanya.

Kemudiannya, Yang dan Pei bersetuju untuk bertemu dan menjalani ujian DNA. Kecurigaan para pegawai pemerintah itu akhirnya terbukti apabila kedua perempuan ini ternyata memang benar saudara kembar.

Difahamkan, selepas selesai semuanya, saudara kembar ini bertukar nombor telefon dan berbual sepanjang malam di WeChat.

Setelah sekian lama berpisah, akhirnya saudara kembar ini bertemu untuk pertama kalinya. Ada kejadian unik yang juga terjadi, apabila Yang melihat anaknya berusia 16 bulan, Pei berkata, “Ibu, peluk”.

Akhirnya, polis mengetahui sebab mengapa Yang dan Pei dipisahkan pada 26 tahun lalu, ternyata ini semua kerana kelahiran mereka tidak dikehendaki oleh ibu bapa mereka. Mujurlah, saudara kembar ini boleh bertemu dan bersatu lagi. Sumber: Suara.TV. Editor: Atila Atasha

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...