Skip to main content

Erra Kembali Menggoda Awie


KUALA LUMPUR - Fenomena era1990-an yang dicipta antara Datuk Awie dan Erra dalam filem Sembilu bakal berulang kembali dalam filem Hantu Kak Limah.

Menurut laporan Berita Harian Online, Erra bagaimanapun berkata, dia sekadar menjadi bintang cameo (sebabak) dalam filem berkenaan.

"Pembabitan saya hanya untuk satu babak saja. Saya hanya menjalani penggambaran sehari di Perak.

"Dalam filem itu, saya jadi watak jelmaan Wati iaitu karakter yang dilakonkan dalam filem Sembilu. Kali ini, Wati dalam versi hantu yang menggoda Husin lakonan Awie," katanya.

Erra berkata, misi Wati adalah meninggalkan kawasan larangan pertapaan Husin.

"Kali ini, tiada babak 'cintan-cintun' tapi lebih kepada komedi.

"Dalam hidup ini, kita pasti akan digoda dengan macam-macam orang termasuk 'jelmaan'. Jadi untuk Husin, diserahkan Wati untuk menggodanya," katanya.

Erra yang kali terakhir tampil dalam filem Warna Cinta Impian bersama Awie, tahun lalu, teruja kali pertama bekerja dengan Mamat.

Tambah Erra, dia masih meneruskan penggambaran musim terbaharu drama bersiri Gerak Khas terbitan Skop Productions Sdn Bhd sejak September lalu.

"Penggambaran drama Gerak Khas berlanjutan hingga Januari depan. Komitmen saya dalam drama ini hanya 10 hari setiap bulan. Drama ini dijangka disiarkan tahun depan," katanya sambil menambah dia juga terbabit dengan penggambaran filem Polis Evo 2, bulan depan.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...