Skip to main content

Aliff Aziz Beri Amaran Kepada Afifah Supaya Jangan Menipu.


KUALA LUMPUR 5 Nov. -Drama antara Aliff Aziz, Bella Astillah dan Afifah Nasir nampaknya kembali panas apabila pelakon lelaki tersebut menempelak adik kepada Anzalna Nasir itu di laman sosialnya Instagram.

Menerusi kapsyen dalam gambar baharu yang dimuat naik, Aliff mahu Afifah tidak lagi menipu dan menasihatkan pelakon itu supaya lebih baik mendiamkan diri daripada mengeluarkan kenyataan yang tidak benar.

Kata Aliff, dia sudah mengakui kesilapan dan meminta maaf daripada semua pihak termasuk isterinya, Bella namun Afifah pula dilihat terus-menerus mengeluarkan kenyataan yang menjengkelkan.

“Kenapa babitkan isteri saya lagi dalam kenyataan dia? Apa yang ingin Afifah buktikan? Adakah untuk membuktikan yang awak tidak bersalah dan sekarang semua sudah kembali baik dan normal?

“Macam saya cakap, adalah agak mustahil untuk awak mengeluarkan kenyataan yang benar. Apa kata selepas ini, bila berdepan dengan soalan, cakap sahaja perkara benar atau diam.

“Kalau betul awak dan Bella sudah berbaik, kenapa tidak tunjuk petikan perbualan kamu berdua kepada pihak media?” tegas Aliff.

Afifah sebelum ini membuat kenyataan dia dan Bella sudah berbaik selepas dia menghubungi dan membuat penjelasan terhadap insiden yang pernah menggemparkan industri seni beberapa bulan lepas.

Afifah juga berkata, dia tidak kisah untuk digandingkan dengan Aliff kerana menganggap kontroversi yang pernah melanda mereka sudah lama berlalu.

Bagaimanapun, Aliff menerusi kapsyennya menegaskan, dia tidak akan menerima sebarang tawaran yang menggandingkan mereka berdua kerana berhati-hati dengan Afifah yang disifatkan Aliff sebagai penipu.

“Kepada semua, ini kali terakhir saya akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini. Tetapi, saya lantang bercakap untuk Afifah sedar yang lebih baik dia diam jika sukar untuk bercakap benar,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...