Skip to main content

7 Produk Kosmetik Beracun Ini Yang Ramai Wanita Mengunakannya - KKM

KUALA LUMPUR: Makin ramai wanita diluar sana yang mungkin berdepan bahaya setelah membeli produk kosmetik melalui online.

Menurut laporan Astro AWANI, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menggesa orang ramai agar mengelakkan dari membeli dan menggunakan beberapa produk kosmetik yang didapati mengandungi racun berjadual yang mampu memberikan kesan mudarat jika digunakan.

Kementerian itu berkata tujuh jenis produk yang dikenal pasti itu dipercayai mengandungi bahan beracun seperti hydroquinone, tretinoin dan merkuri.

Susulan itu, notifikasi berkaitan produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM  berikutan  pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan.

"Bahan beracun tersebut mampu memberi kesan negatif terhadap kulit seperti timbulnya kemerahan, ketidakselesaan, menghalang proses pigmentasi serta meningkatkan risiko untuk menghidap kanser.

"Produk kosmetik yang dicampurpalsu ini juga boleh memudaratkan kesihatan disebabkan bahan beracun yang dicampur dengan produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menjurus kepada kerosakan buah pinggang dan sistem saraf," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan.

Susulan itu penjualan produk ini telah dilarang serta merta kerana telah melanggar Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 dan penjara tidak melebihi 3 tahun untuk kesalahan pertama, manakala denda tidak melebihi RM50,000 dan penjara tidak melebihi 5 tahun untuk kesalahan-kesalahan yang berikutnya.

Justeru mereka yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk menghentikan penggunaannya serta mendapatkan nasihat ahli kesihatan yang profesional jika terdapat kesan sampingan dan sebagainya.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi KKM. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...