PUCHONG, 8 September 2025 - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terus melaksanakan amanah melalui tindakan penguatkuasaan imigresen yang tegas dan berintegriti. Dalam serbuan yang dijalankan di sebuah medan selera di Puchong pada jam 6.30 petang hingga 7.30 malam, seramai 95 pegawai pelbagai pangkat dari Ibu Pejabat JIM Putrajaya telah melakukan pemeriksaan ke atas 334 individu yang terdiri daripada 60 warga asing dan 274 warganegara tempatan. Hasil pemeriksaan, 55 orang warga asing ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen. Mereka terdiri daripada tujuh warganegara Indonesia, tiga warganegara Bangladesh, seorang warganegara Pakistan, 41 warganegara Myanmar dan tiga warganegara Vietnam yang berusia antara 23 hingga 47 tahun. Kesemua tahanan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Beranang untuk siasatan dan tindakan lanjut. Ketika operasi, terdapat warga asing yang cuba melarikan diri setelah menyedari kehadiran anggota penguat kuasa, sekali gus menyukarkan proses tangkapan. Antara kesalahan y...