Skip to main content

Hari Bahagia Fattah Amin & Amira Othman Semakin Hampir? Pengurus Minta Doa Yang Baik-Baik - “Kalau Tak Ada Denial Maksudnya…”


Pengurus kepada pelakon, Fattah Amin iaitu Aca meminta peminat mendoakan yang baik-baik buat artisnya yang dikhabarkan bakal mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Amira Othman.

Aca berkata demikian ketika menjawab soalan seorang peminat ketika sedang bersiaran langsung di TikTok.

"Aca betul ke article pagi tadi kata Fatmira dah nak kahwin? Tanya netizen.

“Doalah yang baik-baik,” kata Aca ringkas bagi menjawab soalan tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja untuk menanti hari bahagia kedua selebriti itu.
“Alhamdulilah , kalau dh aca ckp mcm tu fhm2 lah yaaa x sabar yaaa.

“Tak sabar.lelaki baik untuk wanita yang baik..Allah bagi pada waktu yang tepat.

“Kalau betul mereka berjodoh. minta2 ini jodoh yg terakhir utk mereka berdua. semoga kekal hingga akhir hayat. #doaygbaik2

“Kalu xde denial dr pihak manager.. sahih la tu.

“Kami sentiasa doa yg baik2..utk abg long dgn kak long.

“Betul la apa aca ckp tu doa je baik2,” komen netizen.

Terdahulu, sebuah berita melaporkan desas-desus berkenaan Fattah dan Amira yang sedang menunggu hari bahagia mereka tidak lama lagi.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang pengesahan daripada pihak Fattah dan Amira tentang perkara tersebut.

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...