Skip to main content

NGO Gesa Kerajaan Bela 6,000 Penduduk Tuntut Hak Tanah Adat


KUALA LUMPUR: Sejumlah penduduk yang mendakwa pemilik asal tanah di Sabah, sanggup 'terbang' ke ibu kota ini demi menagih simpati dan memohon bantuan kemanusiaan daripada Kerajaan Persekutuan, bagi menyelesaikan isu pemberian Geran Komunal di negeri itu.

Kumpulan penduduk terbabit mendakwa mereka terpaksa meminta bantuan Kerajaan Persekutuan atas dasar kemanusiaan dan hak asasi warga negara, meskipun sedar isu berkaitan tanah adat hanya boleh diselesaikan kerajaan negeri, mengikut Seksyen 15 Ordinan Tanah Sabah.

Mereka dijangka berhimpun secara besar-besaran di hadapan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada Rabu ini bagi menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, campur tangan dalam isu itu.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim, berkata pihaknya tampil membantu penduduk berkenaan disebabkan tiada tindakan wajar diambil kerajaan negeri dalam isu itu, walaupun mereka mempunyai hak yang jelas sebagai penduduk asal.

"Usaha mereka adalah melantik wakil daripada setiap kampung untuk terbang ke Semenanjung untuk memohon perhatian dan pertolongan daripada kerajaan hari ini. Jika diikutkan mereka ini bukan orang senang tetapi terpaksa melakukannya demi mempertahankan hak sebagai 'orang asal' yang tertindas.

"Rabu ini, kami akan bersama sekitar 70 wakil penduduk ini berhimpun di PMO dan membuat serahan kepada Perdana Menteri sendiri supaya beliau prihatin dan menggesa satu tindakan seperti siasatan oleh pihak berkuasa," katanya dalam sidang akhbar bersama penduduk terbabit di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, isu berkaitan pemberian Geran Komunal tanah adat ini membabitkan puluhan ribu peserta atau penduduk asal di lima daerah iaitu Tongod, Kunak, Kenaingau, Nabawan dan Ranau.

Katanya, peserta tidak pernah menerima bayaran dividen seperti yang dijanjikan sejak 2012, malah ada tanah adat diberikan Geran Komunal kepada pihak ketiga, sekali gus menafikan hak sebagi penduduk asal.

"Geran Komunal mempunyai idea asal yang sangat baik kerana objektifnya adalah untuk membasmi kemiskinan, dan direka seperti tanah rancangan FELDA, namun sebaliknya berlaku apabila peserta dinafikan hak, tiada dividen sejak 2012 perjanjian itu ditandatangani," katanya.

Sementara itu, Penyelaras MHO Sabah, Kapten (B) Jerry Jaimeh, berkata penduduk terbabit sudah beberapa kali cuba untuk menyelesaikan isu berkenaan dengan agensi dan kerajaan negeri Sabah namun tiada perkembangan lanjut menyusul setakat ini.

"Hari ini, penuntut lima daerah terpaksa terbang sejauh ribuan kilometer untuk menuntut bantuan kemanusiaan daripada Kerajaan Persekutuan, disebabkan kami sudah letih berurusan dengan kerajaan negeri.

"Kami sudah berurusan dengan kerajaan negeri malah berhimpun di hadapan pejabat Ketua Menteri tetapi perkembangan cukup perlahan, sedangkan setiap hari hasil-hasil tanah disedut oleh golongan kapitalis tanpa belas kasihan," katanya.

Beliau menjelaskan, penduduk yang terbabit juga tidak menolak pembangunan dan disebabkan itulah, mereka bersetuju agar tanah adat mereka diusahakan pihak tertentu, dengan harapan sebilangan faedah akan diterima mereka.

"Kami di Sabah sangat mengalu-alukan pembangunan dan mereka yang mahu mengusahakan tanah kami, tetapi amat dukacita hasilnya dipungut tetapi faedahnya tidak diterima kami," katanya.

Seorang wakil penduduk, Leefanwar Malandi, 53, dari Kampung Motenki, Kundasang, mendakwa mereka kini dianggap penceroboh di atas tanah sendiri, sedangkan tanah berkenaan dimiliki sejak zaman nenak moyang mereka lagi.

"Saya mewakili lebih 70 orang penduduk Kampung Motenki hanya menuntut dua ekar tanah sahaja untuk kelangsungan hidup kami. Kami bukan menuntut untuk menjadi kaya tetapi kerana ia adalah hak kami, yang akan kami tinggalkan untuk anak cucu kami.

"Kami adalah orang asal di situ, yang bercucuk tanam dan mendapat mata pencarian di situ, tetapi tanah itu kini bukan lagi hak kami. Oleh demikian, kami menyeru agar Kerajaan Madani yang dipimpin oleh Anwar memberi bantuan kemanusiaan kepada kami yang tertindas ini," katanya.

Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), Tan Sri Musa Hassan, yang turut pada sidang media itu, berkata pihaknya akan berusaha membantu penduduk yang mendakwa diri terjejas itu, termasuklah menghubungkan mereka dengan pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kita faham isunya adalah Kerajaan Persekutuan tidak mempunyai hak dalam isu ini tetapi apabila membabitkan keadilan, ia perlu dilihat khususnya terhadap penduduk kampung di kawasan pendalaman," katanya.

Turut hadir, Presiden Pertubuhan Arah Kebajikan Isnan (PAKIN), En Zack PAKIN, dan Penasihat MHO, yang juga Presiden kepada Pertubuhan Keperihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), Tan Sri Musa Hassan.

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...