Skip to main content

MHO, PAKIN, MCCC Bela Nasib 10,000 Mangsa Sindiket Penipuan Zutello


Kuala Lumpur: Sindiket penipuan pelaburan dikenali sebagai Zutello didakwa sudah menjerat kira-kira 10,000 mangsa dengan kerugian kira-kira RM3 billion dalam tempoh dua tahun lalu.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya menerima aduan daripada ratusan mangsa yang menjadi mangsa penipuan itu.

"Kami difahamkan sindiket ini bergerak aktif sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan majoriti mangsa terdiri daripada masyarakat Cina termasuk warga emas.

"Mangsa ditawarkan skim pelaburan pelbagai pakej termasuk disertakan dengan insurans dengan kadar pulangan dividen yang tinggi iaitu sekitar 17 peratus sebulan.

"Kebanyakan mangsa terpedaya dengan sindiket ini kerana mereka tertarik dengan pulangan yang tinggi selain terdesak akibat keadaan susah memandangkan mereka tidak bekerja semasa PKP," katanya pada sidang media di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) Tan Sri Musa Hassan dan Pengerusi Pertubuhan Arah Kebajikan Insan (PAKIN Malaysia) EN Zack

Hishamuddin berkata, mangsa diminta untuk menjalankan transaksi pelaburan di satu platform dengan pelabur turut diberikan modal dalam bentuk mata wang kripto 'USDT' mengikut jumlah pelaburan mereka.

"Pelabur juga diminta membuat pembayaran insurans untuk modal yang akan dilaburkan bagi memastikan modal itu selamat dan tidak hilang.

"Jika pelaburan itu menguntungkan, sebahagian keuntungan harus dibayar kepada syarikat terbabit," katanya.

Beliau berkata, pelabur kemudian diarahkan untuk membuat penambahan modal pada Julai dan Ogos tahun lalu dengan berdepan akaun pelaburan serta modal pelaburan mereka akan ditutup sekiranya tidak berbuat demikian.

"Selepas membuat pembayaran itu, pelabur dimaklumkan bahawa platform syarikat itu ditutup sepenuhnya dan akaun pelaburan mereka tidak lagi boleh diakses pada 15 Ogos tahun lalu.

"Syarikat itu memberi alasan platform itu mempunyai masalah dan memohon diberi waktu bagi menjelaskan modal serta keuntungan, namun sehingga kini pelabur tidak menerima sebarang pelaburan," katanya.

Katanya, ada di antara mangsa yang membuat pelaburan antara RM50,000 hingga RM4 juta seorang dengan syarikat terbabit.

"Ada antara mangsa mengeluarkan wang simpanan peribadi, pencen, insurans, meminjam bank serta membiayai semula rumah kepada bank.

"Justeru itu, kita akan cuba memberikan bantuan kepada mangsa penipuan sindiket ini supaya kes mereka diketengahkan dan mendapat perhatian pihak berwajib.

"Ini termasuk mengenakan tindakan bukan sahaja mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan tetapi juga di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) kepada dalang sindiket penipuan memandangkan ini adalah jenayah terancang," katanya.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...