Bayi Dibuang Dalam Bungkusan Kain Batik 😭😭


BANTING: Tangisan dan rontaan seorang bayi masih bertali pusat dalam bungkus kain batik tidak dihiraukan ibunya, kerana ditemui pemancing di Jalan Benteng Pantai Kelanang.

Menurut laporan Berita Harian Online, Seorang pemancing menemui bayi perempuan yang masih hidup, di sini tengah malam Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman, berkata bayi terbabit dibungkus dengan kain batik sarung dan ditinggalkan di situ.

"Pengadu (pemancing) menemui bayi itu ketika berada di selekoh Jalan Benteng Pantai Kelanang, kira-kira jam 12.05 tengah malam Jumaat lalu.

"Sebaik pengadu turun dari motosikal untuk memancing ikan, beliau nampak bungkusan kain batik dan mendapati ada bayi yang masih hidup di dalamnya.

"Pengadu terus bawa bayi itu ke Balai Polis Banting sebelum dibawa ke Hospital Banting untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Azizan berkata, hasil siasatan awal mendapati bayi itu berada dalam keadaan bersih dan dipercayai sudah dilahirkan beberapa hari sebelum dibuang.

"Menurut doktor, bayi itu dilahirkan tiga hari sebelum ditinggalkan di lokasi terbabit.

"Bagi perempuan itu kini berada dalam keadaan stabil.

"Polis akan membuat semakan dengan pihak hospital berkenaan kelahiran bayi itu," katanya.

Bagaimanapun katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang ada maklumat boleh hubungi Inspektor K Yusheindran di talian 014-9653084 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-31872222," katanya. - Berita Harian Online