Skip to main content

Ada Yang Mahu Najib Kembali Jadi Presiden UMNO


Kita tidak boleh menafikan, salah satu sebab Barisan Nasional tumbang pada PRU14 dahulu; imej Najib Razak yang dah tercemar gila kerana dakwaan rasuah dan skandal 1MDB yang tersebar ke merata dunia. 

Keadaan ini telah menyebabkan rakyat Pakatan Harapan menyebabkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tumbang pada PRU14. 

Memetik laporan Astro AWANI yang menemu bual Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berkata, masih ada yang mahu Najib kembali menjadi Presiden UMNO, walaupun beliau sudah didapati bersalah di mahkamah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata, keadaan itu berbeza dengan pendapat sebahagian besar rakyat, termasuk akar umbi UMNO sendiri yang mahu melihat parti itu terus bergerak ke hadapan.

Justeru, beliau kecewa kerana dikritik oleh beberapa pemimpin kanan UMNO sendiri apabila lantang menyuarakan pandangan berkenaan.

“Saya cakap benda yang menjadi rahsia terbuka sekarang ini. Masih ada yang berharap Datuk Seri Najib kembali sebagai Presiden UMNO. Ini yang saya maksudkan. 

Mereka tak nak cakap benda ini, tapi saya terpaksa cakap. Bagi saya, kita perlu bergerak ke hadapan. Cari generasi baharu untuk memimpin UMNO.

“Sekarang ini presiden masih lagi ada, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Tak ada masalah sebab kes beliau masih dalam perbicaraan… tidak ada keputusan apa-apa lagi dari mahkamah. 

Tetapi kita mesti melihat selepas itu siapa? Apakah barisan kepimpinan baharu? Yang sebenarnya yang dikehendaki rakyat juga,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI, hari ini.

Baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mensabitkan Najib bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan dana RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd.

Ahli Parlimen Pekan itu telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta, namun Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sehingga peringkat seterusnya di Mahkamah Rayuan.

Susulan keputusan mahkamah itu, Khairy, yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO, telah memohon agar parti bergerak ke hadapan serta melakukan proses peremajaan parti sebelum dikritik atas alasan tidak memahami perjuangan parti.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, beliau konsisten UMNO harus menyediakan kumpulan pimpinan yang baharu.

"(Kita perlukan) yang boleh mengambil alih, yang boleh diberikan masa sekarang untuk membuat perancangan, untuk lima hingga10 tahun akan datang. Itu maksud saya. Bukan saya biadab terhadap Datuk Seri Najib.

“Tengku Razaleigh cakap benda yang sama. Tetapi mungkin kerana Tengku Razaleigh adalah negarawan yang senior, tiada siapa yang berani untuk tegur, atau perli beliau.

“Bukan hendak samakan saya dengan Tengku Razaleigh. Tetapi oleh kerana saya ialah KJ, nakal... semua saya kena kecam, dan saya kena kritik terutamanya orang orang kuat Datuk Seri Najib, dan mereka telah tembak messenger (kill the messenger),” katanya.

Khairy menegaskan beliau tidak kisah dikecam, namun mesej yang beliau sampaikan itu tidak seharusnya dinafikan kepimpinan sedia ada. Sumbar: Astro AWANI

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...