Skip to main content

Askar Pakai Helmet, Elak Dibaling Warga Asing Di Menara Plaza City One


[DIKEMASKINI] Warga asing yang terlibat menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di tiga lokasi kediaman di sini, didakwa menunjukkan protes dengan melempar barangan dari tingkat atas bangunan.

Sikap biadab terbabit ditunjukkan penghuni dipercayai warga asing di tiga lokasi kediaman yang telah diisytiharkan PKPD itu bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19.

Menurut sumber, petugas terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) terpaksa berdepan situasi itu ketika melakukan kawalan selama 24 jam di kawasan berkenaan.

Katanya, sikap biadab penghuni warga asing itu sebenarnya ketara sejak peringkat awal pelaksanaan PKPD dipercayai kerana mereka tidak berpuas hati terhadap perintah berkenaan dan kemungkinan kerana masalah mendapatkan bekalan makanan.

"Bukan saja-saja askar pakai helmet ketika berkawal di bangunan-bangunan kediaman itu. Jika kita lihat ketika kawalan sekatan jalan raya, askar tak pakai helmet pun, hanya pakai beret.

"Pakai helmet sebab nak elak daripada kena benda yang dibaling dari atas. Bawang putih pun dibaling dari dalam rumah. Jadi kita tak dapat kenal pasti dari unit mana," katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun sumber itu menambah, keadaan kini makin terkawal setelah penghuni akur dengan sikap tegas yang diamalkan oleh petugas keselamatan ketika berkawal.

Katanya, mereka juga tidak mempunyai alasan untuk melakukan protes kerana difahamkan bantuan makanan turut diaturkan kepada penghuni terlibat.

"Sebab itu kita kena hargai pengorbanan petugas-petugas barisan hadapan ini. Mereka terpaksa berdepan situasi begini. Harap tidak ada lagi tambahan kawasan PKPD dan orang ramai terus patuh dengan perintah kerajaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.

Tiga bangunan telah diisytiharkan PKPD di ibu negara iaitu di Menara Plaza City One di Jalan Munshi Abdullah bermula 31 Mac lalu manakala bangunan Malayan Mansion dan Selangor Mansion di Jalan Masjid India pula dikuatkuasakan sejak Selasa lalu.

Pada Khamis lalu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, kementeriannya akan membekalkan makanan tengah hari dan makan malam sepanjang 14 hari PKPD kepada 1,850 penghuni Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...