Skip to main content

Bapa Becah Tabung Bayar Kompaun Anak Ingkar PKP 😭😭

KUALA LUMPUR: Seorang wanita sayu melihat seorang bapa membawa wang termasuk sejumlah duit syiling yang diambil dari tabung untuk membayar kompaun anaknya sebanyak RM1,000 kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Wanita berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Ayu, 37, berkata kejadian itu berlaku pada 15 April lalu di sebuah fasiliti kesihatan di Johor.

“Lelaki itu membawa duit tabung untuk membayar kompaun anaknya yang ditahan kerana ingkar PKP.

“Lelaki itu beritahu nak bayar kompaun kerana anak lelakinya berusia 18 tahun ditahan pihak berkuasa. Dia kemudian menyerahkan beg kertas berisi syiling dan wang kertas. Saya tanya kenapa ada syiling dan dia beritahu terpaksa keluarkan duit tabung.

“Saya terkejut dan sedih apabila mendengar jawapannya itu. Alhamdulillah, wang diberikan itu cukup untuk membayar kompaun,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Ayu, dia tidak menyangka kisah yang dikongsi di akaun Facebook miliknya itu tular dan dikongsi ramai.

“Tetapi malangnya, ada yang buat cerita palsu dengan memuat naik gambar lain. Gambar tertera anggota polis dan lelaki beratur di kaunter itu tiada kena mengena dengan kisah saya,” katanya.

Katanya, dia berkongsi kisah berkenaan bukan untuk mengaibkan sesiapa sebaliknya sebagai memberi pengajaran dan nasihat kepada orang ramai supaya mematuhi PKP.

“Saya kongsi itu sebagai peringatan untuk diri sendiri, keluarga dan semua. Ingat jasa orang tua kita.

“Kepada semua terutama anak muda yang masih tidak bekerja dan pelajar sekolah dengar nasihat ibu bapa. Duduk di rumah seperti disarankan kerajaan,” katanya. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut