Skip to main content

Wanita Berusia 26 Tahun Menangis Teresak-Esak Ditahan Kerana Ingkar PKP

SEORANG wanita menangis selepas ditahan polis kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam pemeriksaan mengejut di Jalan Alor Mengkudu, Alor Setar, malam tadi. - Foto Zuliaty Zulkiffli
ALOR SETAR: Seorang wanita berusia 26 tahun menangis teresak-esak selepas ditahan polis kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam pemeriksaan mengejut di Jalan Alor Mengkudu, di sini, malam tadi.

Wanita terbabit pada mulanya menyangka hanya akan dikenakan kompaun atas pelanggaran PKP namun menangis sebaik anggota polis menahannya dan memaklumkan akan membawanya ke balai polis.

Dalam operasi bermula jam 9 malam itu, polis menahan lapan individu berusia 30 hingga 38 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, pihaknya tidak menerima sebarang alasan kerana PKP sudah memasuki Fasa Tiga kecuali mereka yang mempunyai dokumen kebenaran pengecualian.

Beliau berkata, kesemua mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 38 tahun termasuk seorang wanita dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan Peraturan 3 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

"Hasil pemeriksaan mendapati seorang dari yang ditahan berusia 34 tahun mempunyai dua rekod lampau berkaitan jenayah.

"Lelaki berasal dari Pendang itu sebelum ini pernah ditahan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri motosikal dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana menyimpan dan memiliki barang curi," katanya.

Mohd Rozi berkata, pemeriksaan mengejut itu disertai seorang pegawai, 15 anggota dan empat anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) dari Balai Polis Alor Setar. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...