Nasib Makcik OKU Ini Akhirnya Terbela Apabila Bertemu Ustaz Ebit Lew 😥

Kisah seorang wanita Orang Kelainan Upaya (OKU) berkerusi roda yang viral sejak malam tadi akhirnya telah membuka ruang kepada insan-insan yang prihatin untuk menghulurkan bantuan.

Antara yang tampil membantu adalah ustaz Ebit Lew.

Menerusi satu posting terbaru di Facebook rasminya, Ebit berkongsi beberapa keping gambar yang memaparkan kedatangannya ke rumah wanita berkenaan.

"Menangis tengok video tentera pakaikan mask untuk makcik ini naik kerusi roda elektrik.

"Pagi-pagi terus cari rumah Kakak Noraini Wong. Bila saya sampai buka mask, dia menangis, dia kata ustaz Cina penceramah Ebit lew.

"Saya selalu doa menangis nak jumpa ustaz. Saya tak pandai Islam nak berdakwah macam ustaz," katanya.

Menurut Ebit, dia juga sebak apabila wanita tersebut meluahkan segala kisah hidupnya.

"Sekarang kerja jual kacang tepi jalan tapi dah stop sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dengan kerusi roda elektrik tu dia kesana sini cari rezeki.

"Allahuakbar, sikit pun tak mengharapkan sesiapa. Dia peluk Islam umur 20-an, saya beri belanja padanya tapi dia tolak pemberian pada awalnya.

"Tapi bila saya kata hadiah kena ambil. Dia ambil. Banyak kucing dia jaga beri makan," katanya.

Sementara itu, menerusi ruang komen, ramai netizen memuji tindakan ustaz Ebit yang terus menghulurkan bantuan.

Dalam pada itu, pada anda yang ingin menghulurkan bantuan menerusi ustaz Ebit, boleh lakukan sumbangan terus ke akaun PERTUBUHAN KASIH UMAT MALAYSIA CIMB 8603546376. - Astro Gempak