Arwah Adalah Sahabat Saya Pada (1978-1982) Dan Pernah Sekelas Dengan Saya

Lalaki mengaku mengenali arwah Tuan Haji Zakaria Bin Yahya menjelaskan kebaikan yang pernah arwah lakukan dan menganggap arwah di fitnah.

Ikuti kenyataan penuh Mohd Nasar Othman yang merupakan sahabat arwah.

Astaghfirullah.. Kenapa mudah sangat kita buat kenyataan sebegini.. Tak takut dosa pahala ke. Kalau x betul macamana?

Izinkan saya memaklumkan beberapa perkara disini berkait dengan arwah Tuan Haji Zakaria Bin Yahya yang telah dilaporkan sebagaimana dalam berita ini serta kabar2 yang telah tersebar dimana -mana berkait dengan kematian beliau baru2 ini.

Sebelum ini saya ada terangkan secara sedikit2 pda mereka yang bertanya namun selepas melihat kepada kata-kata fitnah dan nista daripada sebahagian orang kerana berita yang tidak jelas ini, saya terpanggil untuk menerangkan keadaan sebenar daripada kefahaman dan pengetahuan saya supaya kita tidak terlibat dalam kancah perkabaran dusta ini, juga demi utk menjaga maruah dan nama baik arwah. Kesalahan secara terbuka perlukan penjelasan secara terbuka.

Arwah adalah sahabat saya semasa di MRSM KB (1978-1982) dan pernah sekelas dengan saya masa tingkatan 4 dan5. Berasal dari Golok, beliau dulunya dikenali dengan seorang yang gedebe dan ditakuti. Kerana itu saya sendiri pada asalnya agak kurang rapat dengan beliau. Arwah adalah seorang footballer dan kapten pasukan yang hebat dimana pasukan bola kami pernah menjuarai bawah 15 tahun Kelantan. Seorang yang famous serta dihormati kawan dan lawan.

Nama beliau cukup tersohor bukan saja di maktab kami bahkan saya rase hampir semua mrsm hingga ke peringkat MARA. Masa tu, sape yang tak kenal dengan nama Pok Ya Golok. Kalau batch saya, sebut nama batch Pok Ya Golok, semua orang tahu. Begitulah hebatnya beliau pada saya pada masa tu. Beliau seorang yang tegas tapi cukup baik hati bagi yang mengenali beliau.

Arwah juga seorang yang terpelajar hingga berjaya melanjutkan pelajaran ke Uni. Of Stockton, California di USA pada tahun 1983-1987 dengan tajaan MARA. Di US beliau masih aktif dengan bola sepak dan Amerian Football. Sebagaimana kata sahabat saya, kalau tidak kerana beliau seorang yang pintar dan turut mementingkan pelajaran, beliau mempunyai pilihan untuk menjadi seorang footballer yang hebat.

Semasa diuniversiti, saya mendapat berita beliau pernah terlibat dengan kemalangan motosikal yang menyebabkan beliau terpaksa mengenakan tongkat untuk kemana-mana. Apabila balik, beliau bekerja di MTD, kerja-kerja berkait dengan pembinaan jalan dan lebuhraya sebagai engineer dan kemudiannya terlibat dengan kerja2 perlombongan hingga ke Kalimantan, Laos dan telah berhenti kerja sejak bebepa tahun yang lepas.

Setelah sekian lama, saya hanya sempat berjumpa semula arwah pada ijtimak yang diadakan pada setiap tahun di masjid Sri Petaling pada Mac tahun lepas. Pada perjumpaan inilah saya semula rapat dengan beliau atas fikrah yang sama dan pernah beberapa kali berhubung secara Wasap dan Line. Saya cukup terkesan dengan perawakan beliau pada kali ini yang sangat jauh berbeza berbanding pada masa remaja dahulu.

Beliau adalah seorang yang bertutur dengan hikmah dan kasih sayang. Beliau memeluk saya setiap kami kami berjumpa bahkan hampir setiap kawan yang beliau jumpa. Percakapan beliau lebih kepada kepada memberi peringatan kepada kita dan ajakan kepada kebaikan. Ketegasan dan kesungguhan masih ada pada beliau dalam apa yang beliau buat.

Bersungguh dalam pelajaran, bersungguh dalam sukan dan bersungguh dalam kerja dakwah. Inilah kehebatan beliau, sentiasa istiqamah dalam amalan dan cara berpakaian dimana sahaja beliau pergi. Saya dapat lihat ini daripada gambar2 pada mana2 perjumpaan semasa majlis perkahwinan yang beliau sanggup datang dari jauh semata-mata kerana maraikan kawan2.

Inilah arwah Pok Ya atau Abe Ya yang saya lebih mesra sejak kebelakangan ini. Sebelum ke Pakistan selama 40 hari pada awal Febuari lalu, arwah sempat mesej saya bgtau tentang keberangkatan beliau dan mohon doakan keselamatan dan kesejahteraan beliau. Saya merasa shahdu dan terharu kerana beliau baru sahaja balik daripada ikut Jemaah selama 4 bulan pada tahun lepas. Saya sendiri sentiasa bercita-cita untuk sama2 dapat berusaha keatas keimanan dan amal soleh saya sebagaimana beliau terutama dimasa usia sekarang ini.

Tiba-tiba saya dan kawan-kawan dikejutkan dengan berita kematian beliau terutama dalam keadaan dan masa sekarang ini. Melalui perbualan dengan rakan yang rapat dengan keluarga beliau, saya dimaklumkan bahawa beliau ada sejarah sakit jantung dan diabetics. Sebelum balik daripada Pakistan ke Bangkok, beliau telah menjalani saringan di kedua2 airport dan lepas. Sebelum tu, flight telah delay selama 3 hari di Pakistan, tak pasti airport mana.

Sekiranya beliau disabitkan dgn Covid-19 ni, tidak sepatutnya beliau terlepas di airport hingga menaiki train ke Golok dari Bangkok. Walaubagaimanapun, tidak ada yang mustahil dalam keadaan sekarang. Beliau telah rebah didepan tandas dalam keretapi sekitar jam 10.30 malam dan tidak sedarkan diri sehingga disahkan meninggal pada jam 11.10 malam tu. Kami dikejutkan dengan berita kematian ini pada keesokan paginya. Daripada berita dan perkabaran dari isteri beliau, arwah disahkan positif Covid-19 dan terpaksa dikebumikan di utara Thailand.

Berita meninggal dalam tandas ini adalah tidak benar. Beliau rebah depan tandas dan ada bukti gambar juga. Kemudiannya daripada video yang tersebar, saya yang mengenali beliau sebagai seorang yang terpelajar dan seorang pendakwah kepada kebaikan, tidak mungkin beliau sedang meludah sebagaimana yang kita dapat lihat. Berdasarkan maklumat yang saya tau, saya dapat bayangkan satu keadaan yang sangat sukar yang sedang beliau lalui pada masa itu.

Kesesakan nafas dan batuk yang beliau alami kerana wabak ini yang beliau sendiri pun tidak tahu telah dijangkiti, menyebabkan beliau tak dapat duduk diam. Bayangkan kiranya kita yang ada ditempat beliau pada masa itu, Nobody knows what he was facing at that time. Adakah beliau akan kehulu dan kehilir semata-mata untuk meludah supaya orang lain akan turut dijangkiti? Wajarkan kita berfikiran seperti ini? Kenapa harus kita berfikiran begini?

Alangkah zalimnya kita yang yang melontarkan kata2 nista tanpa tau hujung pangkal kedudukan perkara. Bagaimana perasaan mereka yang terdekat, anak isteri dan sanak saudara beliau yang sedang bersedih dengan situasi ini. Siapakah kita layak untuk mengadili simati. Apakah kebaikan yang kita dapat dengan sikap kita ini? Untuk mengeluarkan penerangan ini, saya sendiri menelefon mereka yang tau kedudukan perkara dan terpanggil untuk menerangkan kepada saudara saudari supaya kita semua terselamat daripada fitnah akhir zaman ini.

Inilah yang sepatutnya kita lakukan. Tak tau kita kena tanya. Jangan kita jadi tali barut syaitan dan musuh2 Allah yang tidak suka pada agamawan dan perkara agama. Fitnah yang tersebar kerana kita sampai bila2 kita akan tanggung bahananya. Allah bersama dengan orang yang teraniaya. Apatah lagi mereka yang ikhlas, yang sanggup berkorban diri dan harta kerana Allah dan kesucian agama tanpa mendambakan sebarang sanjungan dan pujian. Supaya kita semua terjauh daripada kemurkaan Allah kerana kealpaan dan kelalaian kita dalam perkara ini.

Pengakhiran beliau sangat menyedihkan kami. Seorang kawan saya pernah menangis bila menceritakan tentang kebaikan beliau serta jalan yang beliau lalui sebelum ini dan bagaimana beliau meninggal dengan kemuliaan dijalan Allah SWT. Perkataan ini tidak akan dapat difahami bagi mereka yang hanya melihat daripada jauh dan tidak pernah mengalami apa itu kerja dakwah, mengajak diri sendiri dan manusia semua kepada jalan Allah. Saya pernah menerangkan perkara ini dalam beberapa catitan fb saya terutama berkait dengan isu yang melanda Jemaah tabligh di Malaysia ini serta insiden perhimpunan di Masjid Sri Petaling.

Sama2 lah kita bertaubat dan usahakan kebaikan dalam kehidupan kita. Semua kita pasti akan mati dan pasti akan menuju ketempat yang sama. Apa2 keburukan yang kita buat sekarang, keburukan lah yang akan didatangkan pada kita, kiranya tidak dunia diakhirat sana nanti. Saya mohon maaf kiranya terkasar bahasa saya dalam menerangkan perkara ini. Moga memberi kebaikan untuk kita semua. Semoga Allah selamatkan kita.

Diharapkan penerangan panjang lebar saya ini akan memberikan kebaikan kepada semua pihak. Kiranya perlu, saya izinkan kenyataan saya ini digunakan utk penjelasan kepada mereka yg berkenaan. Sebagai sahabat beliau, saya menjadi saksi dan bertanggungjawab atas kenyataan saya ini berhubung segala kebaikan beliau. Semoga sahabatku tenang disana. Moga segala tohmahan ini menjadi bonus pahala utk arwah dan akan meningkatkan darjat arwah disisi Allah. Wallahu ‘alam.

Sumber: Mohd Nasar Othman