Skip to main content

Gambar Kereta Dan Rumah Punca Ibu Tunggal Ini Dikecam Kerana Terima Bantuan

Seorang wanita menolak dakwaan beliau tidak layak menerima bantuan kerajaan kerana hidup dalam kemewahan selepas gambar beliau berlatar belakangkan 2 kenderaan di rumah teresnya tersebar di media sosial.

Nor Aziah Yahaya, 46, berkata 2 kenderaan dalam gambar tular itu milik arwah suaminya yang kini dalam proses mendapatkan kebenaran mahkamah untuk dijual, manakala rumah yang beliau tinggal bersama anaknya itu disewa.

Katanya, selepas kehilangan suami, beliau menjalankan perniagaan atas talian secara kecil-kecilan untuk menyara keluarga, tetapi pendapatannya terjejas susulan penularan Covid-19.

“Bila ada pihak dari Parlimen Ampang yang diwakili Zuraida Kamaruddin nak beri bantuan kepada kami yang terjejas akibat Covid-19 sebagai golongan ibu tunggal dan asnaf, jadi nama saya terpilih untuk dapatkan bantuan, antaranya sekampit beras dan barang-barang lain minggu lalu.

“Bila sudah dapat bantuan, tiba-tiba ada orang eksploitasi gambar itu seolah-olah saya tidak layak menerima bantuan sebab dalam gambar, saya ada 2 kereta dan rumah besar menyebabkan ramai yang percaya dan turut mengecam saya.

“Tetapi, bantuan yang saya dapat atas kapasiti ibu tunggal dan saya tidak mempunyai pendapatan tetap,” katanya kepada FMT.

Kelmarin, pengguna Facebook bernama Veera Pandiyan Manickam berkongsi gambar Aziah menerima bantuan daripada Zuraida, ahli Parlimen Ampang, akibat penularan Covid-19 dengan berlatar belakangkan 2 kenderaan dan rumah teresnya.

Beliau turut mempersoalkan kenapa barang keperluan untuk golongan miskin diagihkan kepada orang kaya.

Kisah Aziah pernah disiarkan media pada Oktober tahun lalu kerana beliau menggantikan suaminya, Syed Shahfuddin Syed Zainal Abidin, 52, yang meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 12 Jan 2019, menerima Ijazah Sarjana Komunikasi Massa (Pengiklanan) pada majlis konvokesyen Universiti Teknologi Mara.

Aziah berkata, cukai jalan 2 kenderaan milik arwah suaminya itu sudah lama tamat tempoh dan tiada insurans kenderaan.

Katanya, beliau sedang menunggu kebenaran mahkamah untuk menjual 2 kenderaan itu dan menggunakan wang berkenaan bagi membayar pinjaman kenderaan dan tunggakan sewa rumah.

Katanya, beliau terpaksa tampil membuat penjelasan bagi mengelakkan dirinya terus menjadi mangsa buli siber.

Aziah berkata, beliau tidak mampu menolak bantuan kerajaan kerana memikirkan nasib 4 anaknya yang masih bersekolah, termasuk seorang yang melanjutkan pelajaran di universiti.

“Saya tidak fikir siapa yang beri bantuan, saya bukan ahli mana-mana parti politik, tapi bila fikir dalam keadaaan begini saya nak bagi anak-anak saya makan, anak yatim yang kehilangan ayah ini nak makan, wajar saya menerimanya.

“Maaf cakap, saya tak jadi kaya dengan sekampit beras, tapi saya terima sebab anak-anak perlu diberi makan. Ini pertama kali saya terima sumbangan sebegini sebab arwah suami meninggal. Saya malu sebenarnya nak minta bantuan.

“Mungkin orang akan persoal takkan tidak ada harta suami yang tinggal? Memang tidak ada sebab semua tengah dalam proses mahkamah, sekarang hidup, makan apa yang boleh saja, pencen suami saya diguna untuk bayar sewa rumah dan keutamaan lain yang wajib diselesaikan.”

Aziah tidak menolak kemungkinan bantuan yang diterimanya dipolitikkan pihak tertentu dan gambar beliau menerima bantuan makanan itu diambil sebagai bukti sumbangan sampai ke tangannya.

Beliau berharap dengan penjelasan ini dapat menepis fitnah yang dilempar ke atasnya dan tiada lagi penyebaran berita tidak tepat. - Free Malaysia Today

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...