Skip to main content

Lelaki Maut Ditikam Dan Dilanggar Sampai Mati

Mangsa maut selepas ditikam dan dilanggar sebuah kenderaan.
BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki maut selepas ditikam dan dilanggar sebuah kenderaan dalam kejadian di Taman Impian Ria, Machang Bubok di sini malam tadi.

Mangsa ditemukan orang awam dalam keadaan berlumuran darah dan terbaring di hadapan sebuah kedai serbaneka di kawasan perumahan tersebut kira-kira jam 9.50 malam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintendan Mohd Mustafa Bidin berkata, mangsa dikenali sebagai Leow Choong Leong berusia 39 tahun.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa tinggal di taman perumahan tersebut dan bekerja sebagai penjual alat ganti motosikal.

"Polis menerima maklumat awam pada jam 11 malam tadi menyatakan terjumpa seorang lelaki dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah di hadapan sebuah kedai serbaneka di Taman Impian Ria di sini. Pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati, ada kesan tikaman.

"Mangsa dipercayai ditikam sebelum dilanggar sebuah kenderaan jenis Ford Ranger berwarna oren. Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk proses bedah siasat yang akan dijalankan pagi ini," katanya dalam satu kenyataan media tadi.

Beliau berkata, semakan nombor plat kenderaan yang melanggar mangsa adalah milik mangsa dan telah dibawa lari oleh suspek selepas kejadian tersebut.

"Dari keterangan saksi di tempat kejadian, kita berjaya memperolehi nombor pendaftaran kenderaan yang melanggar mangsa. Hasil semakan, ia adalah kenderaan milik syarikat mangsa yang dibawa lari suspek selepas melanggar mangsa.

"Suspek berkulit gelap dengan ketinggian anggaran 170 sentimeter, berbadan kurus dan berambut kerinting. Ketika kejadian, suspek memakai baju dan berseluar denim berwarna hitam. Suspek juga memakai cermin mata.

"Saya memohon orang awam yang mempunyai maklumat kejadian tampil di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya.

Katanya, motif kejadian masih disiasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...