Skip to main content

Elak Dari Polis, Pasangan Perjudi Nyawa Bayi Berusia 22 Hari

KOTA KINABALU: Gara-gara takut didekati pihak polis, seorang lelaki bertindak memecut keretanya sehingga sanggup melawan arus dan melanggar sekatan jalan raya dalam kejadian di Kolombong, Kota Kinabalu, pagi Rabu.

Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, suspek 26 tahun yang memandu Hyundai Atos bagaimanapun berjaya ditahan selepas sejam dikejar polis di Jalan Bukit Bendera, di Kota Kinabalu akibat kehabisan minyak.

Lebih mengerikan, ketika insiden, suspek dikatakan bersama seorang wanita berusia 31 tahun yang duduk di kerusi penumpang dan sedang memangku anak perempuannya berusia 22 hari.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Kata beliau, sebelum kejadian, sepasukan anggota sedang menjalankan rondaan sebelum menemukan kereta suspek yang dalam keadaan mencurigakan di kawasan Kampung Cenderakasih, Kolombong.

"Sebaik sahaja cuba diperiksa, suspek yang berada di dalam kereta bersama wanita dan seorang bayi perempuan berusia 22 hari memecut laju dan mahu melanggar kereta anggota bagi mengelak ditahan.

" Susulan itu, polis kemudiannya bertindak mengejar kereta suspek membabitkan beberapa laluan di Penampang, Putatan dan Kota Kinabalu," katanya.

Difahamkan, ketika itu, kereta dipandu lelaki itu bukan sahaja cuba melanggar beberapa kenderaan polis malah melawan arus serta melanggar sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Jalan Lintas, Kota Kinabalu.

Tambah beliau, polis terpaksa bertindak mengekori rapat kenderaan suspek kerana khuatir status keselamatan wanita dan bayi yang turut berada dalam kereta tersebut.

"Suspek dikatakan memandu secara berbahaya malah melawan arus dan melanggar sekatan walaupun diarah untuk berhenti menggunakan alat pembesar suara.

"Insiden itu berakhir apabila kereta dipandu suspek terbabas berhampiran Jalan Bukit Bendera kerana kehabisan minyak," katanya.

Hasil pemeriksaan di lokasi, pihaknya tidak menemukan sebarang benda terlarang dan siasatan awal kita mendapati suspek disyaki positif dadah jenis syabu begitu juga penumpang wanita berusia 31 tahun itu yang juga rakannya.

Habibi berkata, siasatan lanjut akan dibuat berhubung kes itu manakala kereta Hyundai Atos terbabit sudah dirampas untuk dibawa ke balai berhampiran.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 26 Akta Polis 1967 kerana melanggar sekatan jalan raya dan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut