Skip to main content

Butiran Peribadi Saya Digunakan Untuk Menipu Oleh Scammer

SANDAKAN: Seorang gadis mendakwa dirinya menjadi mangsa 'keldai akaun' akibat COVID-19 membabitkan transaksi wang lebih RM100,000 melibatkan scammer penjual topeng muka.

Mangsa, Nurisah Haimi, 21, berkata, sebelum ini dia mencari iklan kerja melalui Facebook lalu terlihat satu iklan jawatan kosong sebagai kerani akaun secara online.

Menurutnya, dia kemudian menghubungi nombor telefon tertera dalam iklan itu yang memperkenalkan diri sebagai Salma.

“Salma kemudiannya menerima saya bekerja, dan berkata kerja berkenaan perlu membuat pembayaran kepada pembekal secara online.

“Dia kemudiannya meminta semua butiran saya termasuk nombor akaun bank dan berkata gaji saya dikira sebanyak RM50 setiap kali saya membuat pemindahan wang secara online.

“Pada 17 Mac, wang mula masuk ke akaun saya dan setiap kali jumlah mencecah ribuan ringgit, Salma akan menyuruh saya memindahkan wang itu ke dalam akaun INTAN SYAFINAZ (BONDA BARANG MURAH),” katanya ketika ditemubual Astro AWANI, pada Isnin.

Nurisah berkata, ratusan transaksi masuk ke akaunnya dengan pelbagai jumlah antara ada yang lebih RM10,000, RM 7,000, RM16,000 dan pernah juga RM22,879.

“Sehinggalah pada Ahad saya terkejut apabila dimaklumkan rakannya kononnya saya viral di Facebook kerana menipu sebagai penjual topeng muka.

“Saya bergegas lihat iklan Facebook itu yang tertera gambar dan nombor akaun saya... kononnya saya menjual ‘face mask’.

“Baru saya sedar butiran peribadi saya digunakan untuk menipu oleh scammer dan saya terus membuat laporan polis,” katanya.

Katanya, jumlah keseluruhan wang yang masuk ke akaunnya adalah sebanyak RM100,003 dan lebih 400 orang telah menjadi mangsa scammer terbabit yang menggunakan akaunnya. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...