Skip to main content

Pembantu Rumah Rompak, Bunuh Majikan Di Kulai

JOHOR BAHRU - Perasaan dendam dan tidak puas hati dipercayai mendorong pasangan suami isteri warga Indonesia membunuh sebelum merompak majikannya yang merupakan warga emas di sebuah rumah di Kulai, dekat sini semalam.

Dalam kejadian berkenaan, wanita berusia 73 tahun itu ditemukan cedera di kepala selain kenderaan mangsa jenis Toyota Alphard putih serta barang-barang kemas dilarikan pasangan tersebut.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pichay berkata, kejadian itu disedari anak mangsa selepas mangsa tidak menjawab panggilan telefon.

"Anak mangsa dan jiran kemudian menghubungi pihak polis sebelum kereta peronda (MPV) polis tiba yang kemudiannya mendapati mangsa sudah meninggal dunia. Terdapat kecederaan di bahagian kepala mangsa.

"Setakat ini suspek yang terlibat dikenal pasti sebagai suami isteri warga Indonesia bekerja sebagai pembantu rumah dan menetap bersama mangsa," katanya pada sidang media di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Ayob berkata, siasatan awal mendapati dendam dan tidak puas hati menjadi motif utama pasangan tersebut yang baru 10 hari bekerja dengan mangsa.

Setakat ini katanya, pihak polis masih menyiasat harta benda lain yang hilang kerana rumah berkenaan didapati digeledah suspek.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya segera tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi Asisten Superintendan Nazrol Bongsu menerusi talian 013-8958288 atau Asisten Superintendan Wee Hock Lian (019-7958088). - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...