Powered by Blogger.

Wednesday, March 11, 2020

Azalina Tidak Perpuas Hati Kabinet Baru Muhyiddin

Malaysiakini
Bekas menteri Azalina Othman Said menjadi ahli parlimen Perikatan Nasional (PN) terbaru yang tidak berpuas hati dengan lantikan jawatan kabinet kerajaan baru yang diterajui oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

"Gabungan kerajaan harus berdasarkan perwakilan yang seimbang dan bukannya didominasi oleh satu parti.

"Untuk menjadikannya sah, mesti ada perjanjian bertulis antara parti politik yang terlibat," ciapnya di Twitter tengah hari ini.

“Umno sepatutnya layak diberikan kementerian yang lebih significant seperti Kementerian Wanita, KDN (Kementerian Dalam Negeri), Kementerian Luar Bandar, MOF (Kementerian Kewangan) dan MOA (Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani),” katanya.

Beliau mengakhiri ciapannya dengan berkata "Kesimpulannya... pendapat saya, # PM8 adalah ahli politik yang paling bijak di kalangan pemimpin Melayu pada 2020," dan meletakkan tanda pagar #KingmakerPN2020 yang dipercayai memperli Muhyiddin.

Ahli Parlimen Pengerang selama mempat penggal itu dilihat sebagai pemimpin Umno yang banyak pengalaman dan pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan (2004-8), Menteri Pelancongan (2008-9) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (2015-18).

Dalam pelantikan jemaah menteri pada Isnin lalu, Umno sebagai parti terbesar dalam PN dan mempunyai lebih banyak ahli parlimen mendapat jawatan yang dikatakan tidak setimpal dengan apa yang diperolehi oleh parti Bersatu yang diterajui oleh Muhyiddin sebagai presiden. - Malaysiakini