Skip to main content

RM194 Juta Yang Disita Dari Umno Dan MCA Didengar Semula Di Mahkamah

Malaysiakini
Mahkamah Tinggi menetapkan 31 Mac ini untuk mendengar permohonan pihak pendakwaan bagi menggantung pelaksanaan perintah mahkamah yang menolak permohonannya untuk melucut hak wang RM194 juta yang disita daripada Umno, Wanita MCA dan dua syarikat, Binsabi Sdn Bhd dan Perano Sdn Bhd.

Wang yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lepas itu didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Pendakwa Raya Samihah Rhazali berkata pihaknya telah menfailkan permohonan penggantungan itu pada 14 Feb lepas sementara rayuan didengar di Mahkamah Rayuan.

“Kami akan menghantar hujahan bertulis pada 17 Mac ini dan pihak pembelaan perlu menyerahkan hujahan balasan pada 24 Mac, jika ada. Permohonan ini akan didengar di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan,” katanya ketika ditemui Bernama selepas pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Catherine Nicholas.

Peguam Nurfazreen Hazrina Rahim yang mewakili Umno turut mengesahkan perkara itu.

Pada 7 Feb lepas, Hakim Mohamed Zaini menolak permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak wang disita daripada Umno, Wanita MCA dan dua syarikat iaitu Perano Sdn Bhd, dan Binsabi Sdn Bhd,

Permohonan pelucutan hak wang terhadap Umno melibatkan RM192,965,413.61 dan RM300,000 terhadap Wanita MCA manakala Perano Sdn Bhd, yang menjual hijab dan Binsabi Sdn Bhd, yang membekalkan khemah, masing-masing membabitkan RM337,634.78 dan RM827,250, yang mereka didakwa terima daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. - Bernama

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...

Tular Video Bomba Selamatkan Mangsa Bas Yang Meragut Nyawa 15 (UPSI)

Terdahulu, dilaporkan bahawa 15 pelajar terbunuh dalam satu kemalangan membabitkan sebuah bas pelajar dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (Jalan Raya Timur Barat) awal pagi ini. Bas berkenaan sedang dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke kampus utama universiti tersebut