Hati kau sedang sempit, jiwa kau sedang resah, rasa tak tenteram, rasa nak berehat sekejap dari Dunia.
Allah tau apa saja yang kau sedang hadapi. Allah cuma nak kau Sujud, Mohon Ampun dan Mintak Doa, Merayu, Mengadu pada Nya saja.
Jarak antara Masalah kau dengan Penyelesaiannya itu hanya lah jarak antara Dahi kau dengan tempat Sujud sahaja.
Sebesar apa pun Ujian, sebesar apa pun Dugaan, cuba merintih, luahkan saja pada Allah. Sesungguhnya, segala jalan keluar hanya ada pada Nya.
Hanya Allah yang pemberi masalah yang mampu menarik balik masalah itu. Tiada satu pun Makhluk mampu selesaikan melainkan dengan Izin Nya. La Haula, Wala Quwwata, Illa, Billah. Tiada Daya dan Upaya Melaikan dengan Izin Allah.
Allah itu baik, Allah itu Sayang kita semua. Jadi sentiasa bersangka baik. Setiap Ujian ada Hikmah yang Allah sembunyikan. Tinggal lagi kita yang kena pandai menyingkapi di Mana Hikmah Nya yang Mahal Bernilai itu.
Saat Nabi Ibrahim di Bakar dengan Api, Allah yang menyejukkan Api itu, saat Nabi Yunus tinggal dalam kegelapan demi kegelapan, Kegelapan perut ikan Nun, kegelapan laut, dan kegelapan Malam, Allah juga yang menyelamatkan Nabi Yunus dari segala kesusahan itu.
Pokoknya, harungi hidup ini dengan Sabar, Bersangka Baik, Tenang, Sentiasa Mohon Ampun, dan Sentiasa Berbalik pada Allah.
Semoga Allah angkat segala keresahan, masalah anda, dan di Gantikan dengan Kebahagiaan, Kesenangan, Kegembiraan dan Kejayaan berpanjangan Dunia Akhirat. InsyaAllah.