Skip to main content

Teruskan Ketawa Atas Penderitaan Saya - Aliff Aziz

Tiga hari selepas kontroversi video panas memaparkan tindakannya membuka zip seluar lalu menunjukkan alat sulit di khalayak ramai, Aliff Aziz tampil meluahkan rasa terkilan terhadap warganet.

Artis kelahiran Singapura itu mendakwa kecewa dengan netizen yang mempersendakan penderitaan yang dilaluinya sekarang.

Aliff berkata, pihak yang mentertawakan dirinya mungkin tidak mampu bertahan andai berada dalam situasi sama.

“Teruskan ketawa atas penderitaan saya. Iya... Saya bermasalah. Tetapi percayalah, jika anda berada di tempat saya, anda mungkin tidak akan kuat berhadapan dugaan ini.

“Iya, saya sudah memalukan orang yang sayangkan saya. Tiada siapa yang tahu apa saya lalui. Saya tidak perlu beri penjelasan kepada sesiapa,” katanya melalui Insta Story, malam tadi.

Bintang Sayangku Kapten Mukriz itu ‘panas’ sepanjang tahun lalu apabila terpalit kontroversi curang sebanyak tiga kali, selain beberapa kes lain termasuk perceraian dengan bekas isteri, Bella Astilah.

Terbaru, jejaka berusia 29 tahun itu menarik perhatian ramai selepas klip video berdurasi seminit menunjukkan dia bergaduh dengan seorang individu di tempat awam, dipercayai di Singapura.

Dalam paparan itu, Aliff dilihat membuka zip seluar lalu mengeluarkan alat sulit sambil memarahi pihak lawan. Dia juga dilihat membaling kerusi.

Sementara itu, Aliff secara sinis menyindir kelompok yang suka menuding kesalahan orang lain tanpa melihat kekurangan diri.

Menurutnya, biar apapun perkara yang dilakukan, dia percaya kepada aturan dan rezeki Allah

“Seteruk mana saya, Allah sentiasa ada buat saya. Sangat melucukan apabila orang yang mengaku alim lebih banyak menghina, seolah-olah mereka yang terbaik.

“Cermin diri dan lihat jika anda layak jatuhkan hukum. Nota untuk diri sendiri... Rezeki itu di tangan Tuhan,” katanya lagi. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...