Reynhard Sinaga didapati bersalah mengumpan 48 lelaki yang ditemui di bar atau kelab, sebelum memberikan dadah dan membawa mereka pulang ke pangsapurinya di Manchester untuk memuaskan nafsunya.
Dia juga turut merakam perbuatan itu menerusi telefon bimbit
Dalam empat perbicaraan berasingan, dia didapati bersalah atas 136 tuduhan rogol, lapan tuduhan percubaan rogol, 14 tuduhan serangan seksual, dan satu serangan penembusan, terhadap 48 mangsa.
Polis mengatakan mereka mempunyai bukti Sinaga, 36, yang dinamakan untuk kali pertama, mensasarkan sekurang-kurangnya 190 mangsa, lapor BBC.
Perkhidmatan Pendakwaan Crown (CPS) berkata Sinaga adalah "perogol paling prolifik dalam sejarah perundangan British".
Hakim memerintahkan dia dipenjara seumur hidup termasuk hukuman minimum sekurang-kurangnya 30 tahun penjara.
Pelajar falsafah kedoktoran di University Of Leeds itu sudah menjalani hukuman minimum 20 tahun penjara selepas disabitkan dalam dua perbicaraan terdahulu, yang berlaku pada musim panas dan musim bunga 2018.
Pihak berkuasa mengatakan mereka tidak dapat mengenal pasti 70 mangsa lagi dan meminta sesiapa yang pernah menjadi mangsa Sinaga untuk tampil. - Malaysiakini