Video: Pengunjung Tercampak Kerusi Permainan "Spiral Jet" Tercabut


DUA pengunjung cedera apabila tercampak daripada kerusi permainan taman tema di sebuah karnival di Antipolo City, Filipina.

Dalam kejadian di Kompleks Ynares pada Ahad malam itu, kedua-dua mangsa mengalami trauma apabila kerusi permainan "Spiral Jet" yang dinaiki mereka tiba-tiba tercabut.

Sejurus kejadian, mangsa dibantu kakitangan taman tema serta penonton yang berada di situ, lapor GMA News Online.

Pengendali karnival dalam pada itu mengaku bertanggungjawab dan bersedia membayar ganti rugi serta bil perubatan hospital yang ditanggung mangsa.

Punca kejadian sedang disiasat. Kedua-dua mangsa mengalami trauma apabila kerusi permainan "Spiral Jet" yang dinaiki mereka tiba-tiba tercabut. - Astro AWANI
© 2017 Online News - Template Created by goomsite - Proudly powered by Blogger