Video Tersebar, Wanita Ini Terima Padah Cabul Kanak-Kanak Perempuan Berusia 6 Tahun



VIRGINIA BARAT – Seorang wanita dihukum penjara selama 300 tahun selepas mengaku bersalah mencabul dan melakukan perbuatan sumbang ke atas seorang kanak-kanak perempuan di dalam tab mandi.

Semasa prosiding di mahkamah Isnin lalu, Elizabeth Haway, 42, berulang kali mengaku bersalah selepas tujuh pertuduhan termasuk penderaan seksual oleh ibu, bapa atau penjaga dan sumbang mahram dihadapkan ke atasnya.

Pedofilia yang berasal dari Princeton West Virginia itu juga dilihat menangis ketika mengaku bersalah melakukan jenayah itu yang bakal membuatkannya meringkuk dalam penjara seumur hidup.

Haway yang berdepan hukuman maksimum penjara selama tiga abad, di mana dia dijangka akan mula menjalani hukuman pada 28 Febuari depan. Lapor Metro.uk yang memetik sumber.

Pejabat Sherif Mercer Country mula menyiasat Haway pada April lalu selepas mendapat video mengenai perlakuan wanita itu yang mencabul kanak-kanak perempuan berusia lingkungan lima ke enam tahun.

Detektif Steve Sommers berkata, siasatan awal sebelum ini mendedahkan video yang telah tersebar di laman Facebook menunjukkan seorang lelaki mendera seorang kanak-kanak.

Namun perlakuan terkutuk wanita itu mula terbongkar selepas bilik mandi yang digunakan merupakan bilik mandi di rumah Haway.

“Kami menjumpai retakan di dinding dan tab mandi di rumahnya sama seperti di dalam video sumbang tersebut malahan wanita dewasa yang mempunyai tato yang serupa dengan Haway.

"Mangsa kini di bawah jagaan perkhidmatan sosial," katanya. - Sinar Harian