Skip to main content

Kemenangan Kostum Nasional Miss Universe 2019 Milik Shweta Sekhon Dibatalkan



HANCUR musnah! Barangkali, itulah perasaan yang mungkin boleh digambarkan selepas Malaysia diumumkan bukan sebagai pemenang kategori Kostum Nasional di acara Miss Universe 2019.

Sebaliknya, kategori berkenaan adalah milik Filipina dan bukannya Malaysia seperti yang diumumkan lebih awal. Filipina diwakili oleh Gazini Ganados.

Jika diikutkan ini adalah kemenangan yang sangat bermakna buat Malaysia kerana ini merupakan kemenangan pertama Malaysia di pentas Miss Universe.

Berita kesilapan pengumuman itu dikongsi di laman Twitter rasmi Miss Universe yang sekali gus mencetus perdebatan dalam kalangan penggemar acara itu dan netizen.

Dalam masa sama, video yang memaparkan sedutan wawancara dengan wakil Malaysia, Shweta Sekhon sebagai 'pemenang' kategori Kostum Nasional telah dipadam di laman Twitter itu.

Miss Universe 2019 telah berlangsung di Tyler Perry Studios, Atlanta, Amerika Syarikat dan dikendalikan oleh Steve Harvey .

Ini bukan kesilapan pertama dilakukan dalam acara terbesar dunia itu, sebaliknya, pada 2015. Harvey pernah tersalah mengumumkan pemenang utama Miss Universe antara Ariadna Gutiérrez yang mewakili Colombia yang sepatutnya dimenangi oleh Pia Wurtzbach (Filipina).

Apa pun, Malaysia mengharapakan bahawa kemenangan tersebut akan kekal menjadi milik Shweta Sekhon. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...