Skip to main content

Dakwaan Skandal Seks Anwar, PH Hilang Calon PM

Kebetulan ketika Anwar Ibrahim bergelut dengan tuduhan serangan seksual terbaru terhadapnya sehari sebelum Konvensyen Nasional PKR awal bulan ini, Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berada di luar negara.

Oleh itu, mustahil untuk sesiapa cuba mengaitkan apa-apa yang berlaku di dalam negara kepada Mahathir pada masa itu disebabkan kebetulan ini.

Ini jelas apabila tiada pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) yang bersuara hatta peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang pernah mewakili Mahathir dalam beberapa kes sebelum ini, memilih untuk mewakili bekas penyelidik Anwar, Muhammed Yusoff Rawther yang mendakwa menjadi mangsa perlakuan tidak senonoh Anwar.

Kebetulan juga, setiap kali Mahathir berada di luar negara, wartawan asing akan mengasak beliau mengenai soal peralihan kuasa.

Bilakah Mahathir akan berundur? Apakah betul beliau akan menyerahkan kuasanya kepada Anwar?

Seringkali jawapan Mahathir agak sama, iaitu menjawab dengan samar bila beliau akan mengundurkan diri, tetapi kekal dengan pendirian baton itu akan diserahkan kepada Anwar.

Mahathir juga menjawab dengan konsisten beliau akan berundur selepas menyelesaikan masalah besar negara. Tetapi, apakah ada mana-mana ketua negara yang mampu menyelesaikan semua masalah besar negara? Tepuk dada, tanya selera.

Namun pada 14 Disember lalu di Doha, 2 hari selepas Anwar disoal siasat polis berhubung dakwaan salah laku seks membabitkan bekas pegawai penyelidiknya, Mahathir memberikan jawapan sedikit berbeza ketika ditanya soal peralihan kuasa.

Pertama, Mahathir berkata, beliau akan merasmikan Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)yang dijadualkan berlangsung di Malaysia pada November 2020.

Beliau juga memberi bayangan akan kekal mentadbir negara selepas 2020 dengan mengulangi beliau hanya akan berundur selepas menyelesaikan masalah besar negara.

Ini jelas bercanggah kehendak penyokong Anwar yang mahu beliau berundur pada ulang tahun ke-2 kemenangan PH pada Mei 2020.

Kedua, beliau tidak lagi menyebut nama Anwar dan sebaliknya berkata beliau tidak dapat menjamin siapakah yang akan menggantikannya sebagai perdana menteri.

“Saya pernah berikrar akan mengundurkan diri sebaik saja menyelesaikan masalah-masalah besar yang ditinggalkan kerajaan sebelumnya. Saya berikrar akan mengundurkan diri jika seorang calon kepimpinan sudahpun dinamakan PH,” katanya.

Senyap sunyi di dalam PH kali ini apabila Mahathir bersuara sedemikian rupa di Doha.

Menariknya, Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng menyeru ahli parti itu tidak lagi mempersoalkan pelan peralihan kuasa ketika merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Pulau Pinang Ahad lalu.

Apakah skandal seks yang melanda PH menyebabkan ia kehilangan semua calon perdana menterinya selepas Mahathir?

Jika ya, ada positifnya juga.

Ini kerana ia akan membolehkan PH betul-betul fokus dalam mentadbir kerajaan sehingga Parlimen dibubarkan daripada terus bermain politik dan bergolak menghancurkan negara demi memenuhi nafsu serta berahi beberapa individu untuk menjadi perdana menteri di pertengahan jalan. - Free Malaysia Today

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...