Skip to main content

Bomba Terima Panggilan Kes Haiwan Berbisa, Rupanya Seekor Lalat

ALOR SETAR: Dapat panggilan haiwan berbisa, tetapi sebaik tiba hanya seekor lalat.

Pelik tapi benar tapi itulah realiti yang berlaku apabila sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar menerima panggilan kes haiwan berbisa .

Bagaimanapun, apabila tiba di tempat kejadian, pasukan keselamatan itu hanya menemui seekor lalat hijau.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba, Sayani Saidon berkata, kes seperti ini belum pernah diterima JBPM Kedah sebelum ini.

Menurut beliau, asalnya anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar menerima panggilan kehadiran haiwan berbisa di belakang Sekolah Tamil Anak Bukit, di sini sekitar pukul 6.03 petang Sabtu.

Sayani berkata, anggotanya tuut dimaklumkan oleh pemanggil dia terdengar bunyi sesuatu pelik dan mencurigakan dalam almari berkemungkinan binatang berbisa.

Namun, sebaik pemeriksaan dilakukan, anggota keselamatan mendapati seekor lalat hijau terperangkap dalam almari berkenaan dan bukanya ular seperti yang dilaporkan.

Kata Sayani, walaupun menerima kes pelik seperti itu, namun anggotanya tetap pergi ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan.

"Saya ingin menarik perhatian pemanggil sebelum memanggil Jabatan Bomba untuk kes-kes yang melibatkan kecemasan (melibatkan binatang berbisa) jika kita tak nampak wujudnya objek, ancaman ataupun risiko daripada binatang yang dikatakan berbisa itu, saya nasihatkan cuba jangan panik kita kena siasat dulu apa yg sebenarnya yang mengeluarkan bunyi," kata Sayani. - Astro AWANI
 -
Menurut Sayani, ada setengah BBP di beberapa daerah cuma ada satu keluaran dan ada yang mempunyai dua atau tiga keluaran.

Katanya, bagi BBP yang mempunyai satu keluaran, kes pelik seperti lalat ini akan melambatkan kehadiran anggota untuk menghadirkan diri kes kecemasan lain. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...