Skip to main content

Pemandu Axia Yang Dilapor Melarikan Diri, Kini Berada Di Wad


GEORGE TOWN: Susulan kejadian seorang pemandu wanita yang merempuh seorang pekerja pembersihan sehingga parah di Jalan Anson, Pulau Pinang pagi tadi, polis mengesahkan pemandu yang memandu kereta perodua Axia telah dikenal pasti sebagai seorang wanita warganegara Vitenam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata suri rumah berusia 29 tahun yang dilaporkan melarikan diri selepas melanggar pemandu lori sampah pagi tadi, kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di George Town.

Katanya, pemandu wanita itu dimasukkan ke wad berikutan turut mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan dada akibat rempuhan kemalangan tersebut.

"Berdasarkan siasatan kita mendapati, wanita itu sudah tinggal di Pulau Pinang sejak enam tahun lalu dan memandu kereta milik rakannya ketika kemalangan berlaku."

"Siasatan juga mendapati mangsa tidak berada dibawah pengaruh alkohol dan telah pergi ke hospital berkenaan dengan sendiri selepas kemalangan tersebut." katanya ketika dihubungi.

Wanita terbabit juga hanya mempunyai lesen memandu Vietnam.

Terdahulu, semakan polis mendapati kereta berkenaan milik seorang lelaki berusia 67 yang tinggal di sebuah kondominium di Jelutong.

Che Zaimani berkata, siasatan lanjut masih lagi dijalankan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 43 (A) (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam kejadian jam 6.40 pagi Jumaat, seorang pemandu lori sampah Mukhtar Bahari, 62, cedera parah di kaki selepas dirempuh pemandu wanita berkenaan ketika dia sedang memungut sampah di jalan berdekatan Bangunan Persekutuan.

Sepasukan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum dia dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang bagi mendapatkan rawatan.

Siasatan awal mendapati lori terbabit diletakkan di bahu jalan dan kereta yang dipandu wanita itu datang dari arah Jalan Burma menuju ke Jalan Macalister. - Astro AWANI


Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...