Skip to main content

Kesianlah Pada Anak Isteri Saya, Nak Makan Apa


PERINGGIT - Berstatus orang kurang upaya (OKU) bukan penghalang untuk seseorang itu mencipta nama dan kerjayanya sendiri.

Malah, kekurangan yang dialami bukan untuk meraih simpati sebaliknya masyarakat perlu membantu mereka menempuhi kehidupan mendatang.

Demikian luahan OKU dikenali Pak Busu apabila menyedari orang ramai tidak lagi menghantar kenderaan ke bengkel keretanya kerana mengetahui kekurangan pada dirinya.

Luahan itu dimuat naik di Facebook miliknya hingga tular di laman sosial.

"Patut la orang tak nak hantar kereta ke bengkel saya untuk dibaiki. Rupa-rupanya orang kasihan tengok saya buat kerja.

"Jangan kasihankan saya, sepatutnya kamu semua kasihankan anak isteri nak makan apa nanti," tulisnya.

Sebagai seorang bapa kepada dua anak, dia memikul tanggungjawab untuk menyara isteri dan keluarganya malah ia bukan satu bebanan.

"Ini sudah menjadi tanggungjawab saya untuk buat kerja, cari rezeki bagi anak-anak, isteri makan. Beri duit perbelanjaan anak-anak sekolah harian, bayar bil elektrik, air, bayar sewa rumah dan macam-macam lagi.

"Sesiapa yang kereta rosak tu, hantarlah ke bengkel IM Auto Garage saya. Bagi saya buat kerja, dapatlah saya bagi anak bini makan untuk meneruskan kehidupan ni," katanya.

Dalam pada itu, posting terbaharunya dia mengucapkan terima kasih kepada sahabat dan netizen kerana membantu promosikan luahan hatinya dan mendoakan agar semua dimurahkan rezeki.

Luahan Pak Busu tular di laman sosial.

Bagaimanapun dia berharap agar penularan kisahnya tidak disalah anggap dan mengundang kecaman daripada segelintir masyarakat.

"Saya tidak mahu ada segelintir yang akan berfikiran negatif dan salah anggapan," katanya mengalami kecacatan pada kedua tangan dan kakinya.

Posting menyentuh hati itu pastinya mendapat perhatian netizen yang mendoakan Pak Busu dimurahkan rezeki untuk menyara keluarganya.

Kata Amyra Salsabila, "Subahanallah, walaupun kekurangan tetapi demi tanggungjawab dia sanggup laksanakan, sama-sama kita tolong orang kita."

Menurut Ewan, dia mengagumi Pak Busu kerana semangat juang meneruskan kehidupan dan menyuntik motivasi kepada insan normal seperti dirinya.

"Walaupun berkeadaan begini tapi semangat juang beliau meneruskan kehidupan sangat tinggi salute.

"Yang muda-muda cukup lengkap tangan kaki semua tu cukup sempurna fizikal lagi nak pergi meragut samun. Moga ALLAH permudahkan rezeki dan urusan abang dalam kehidupan seharian. Amin." katanya.

Dalam pada itu, netizen juga berharap masyarakat terus memberi sokongan kepada Pak Busu kerana dia insan yang memiliki jiwa besar.

Ahmad Talhar Idris berkata,"Betul itu, patutnya abang ni kita bantu dia, kekurangan yang ada tak membataskan semangatnya, tapi kita yang melunturkan semangat abang ni. Semoga ALLAH melimpahkan rezeki kepada mereka sekeluarga."

Menerusi komen, bengkel Pak Busu di Jalan Batu Hampar, Melaka. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...