Skip to main content

Bekas Pegawai Khas ADUN DAP Dijel


GEORGETOWN - Bekas pegawai khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret selepas didapati bersalah mencabul seorang wanita berusia 21 tahun dua tahun lepas.

Majistret Jamaliah Abd Manap membuat keputusan itu terhadap L Prem Anand, 52, selepas pihak pembelaan gagal membuktikan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

"Setelah membuat penilaian maksimum terhadap hujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan, mahkamah mendapati tertuduh bersalah atas pertuduhan," katanya yang memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula semalam dan penjara 12 bulan jika tertuduh gagal membayar denda itu.

Prem Anand didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan maksud untuk mencabul kehormatan seorang wanita berumur 21 tahun di tempat letak kereta sebuah pusat hiburan di Lebuh Pantai di sini, pada kira-kira 11.30 malam, 6 Julai 2017.

Tertuduh yang merupakan bekas pegawai khas ADUN Paya Terubong didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau dua dari mana-mana hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Shafiq Mohd Sazali memohon hukuman berat atas alasan kesalahan itu adalah satu kesalahan yang berat selain mengambil kira faktor keyakinan awam terhadap keadilan undang-undang.

"Kes ini sudah berlangsung selama lebih dua tahun dan mangsa ketika itu masih seorang pelajar. Mangsa juga merancang untuk ke Korea namun terpaksa menangguhkan rancangan itu disebabkan perbicaraan kes ini. Saya memohon mahkamah turut mengambil faktor ini untuk pertimbangan," katanya.

Peguam E Gnasegaran yang mewakili tertuduh memohon supaya anak guamnya tidak dikenakan hukuman penjara dengan alasan sentiasa memberi kerjasama yang baik sepanjang kes itu berlangsung.

Gnasegaran juga memohon untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sementara rayuan difailkan di Mahkamah Tinggi dan mahkamah membenarkan permohonan itu dengan jaminan RM30,000 dengan dua orang penjamin.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...