Skip to main content

Video: Mengaku Penguat Kuasa, Pau Perniaga Asing RM5


Seorang lelaki yang mendakwa bahawa dirinya merupakan seorang penguatkuasa DBKL dikatakan telah berlaku kasar terhadap seorang warga asing hanya kerana dia enggan membayar RM5 kepadanya.

Kejadian tersebut telah menjadi tular selepas sebuah rakaman video berdurasi seminit tersebut telah dimuat naik oleh seseorang di laman sosial dan mendapat reaksi daripada netizen yang rata-rata memberikan komen negatif terhadap lelaki yang mendakwa dirinya itu penguatkuasa.

Melalui video tersebut kelihatan lelaki yang mengenakan baju berwarna merah tersebut yang meminta wang sebanyak RM5 daripada warga asing tersebut jika dia ingin berniaga di situ tetapi warga asing tersebut enggan membayar wang tersebut sehingga lelaki berkenaan bertindak kasar dengannya.

Kalau betul pun awak itu penguatkuasa atau DBKL sekalipun tunjukkanlah kad atau uniform yang mengesahkan awak itu penguatkuasa, tak boleh ke kalau cakap baik-baik dan kenapa nak kena berkasar dengan pak cik itu hanya kerana tidak memperoleh RM5.

Menerusi video tersebut terdengar dengan jelas lelaki berkenaan yang mengaku dirinya sebagai penguatkuasa, meminta wang dari warga asing tersebut jika mahu terus meniaga di situ tetapi warga asing tersebut enggan membayar menyebabkan lelaki berkenaan bertindak kasar terhadapnya.

Malah dia siap telefon tiga orang dengan menggunakan aplikasi whatsapp call tapi tak tahulah siapa yang dia telefon cuma kedengaran dia menyuruh orang yang ditelefon supaya membawa lori kononnya untuk mengangkut barang niaga warga asing berkenaan.

Lepas itu siap tunjuk dekat pakcik bangla yang saksikan kejadian tersebut sambil cakap " U tengok saya call siapa, penguatkuasa", pakcik bangla itu pun hanya menganggukkan saja cakap dia.

Menurut perakam video tersebut, orang kota raya sememangnya kenal dengan lelaki itu malah terdapat ramai orang yang yang mengadu bahawa lelaki ini sememangnya suka 'pau' orang dan hari-hari akan datang untuk buat kacau meminta wang.

"Kalau betul pun warga asing itu salah kau tangkap sajalah dia, dahlah kad kuasa pun langsung tak tunjuk", kata seorang netizen yang merakamkan video tersebut.

"Kau tahu aku sapa?", kata lelaki yang mendakwa dirinya penguatkuasa.

"Sapa?" tanya warga asing tersebut.

"Apa?. Aku penguatkuasa, kau tunggu kejap aku panggil lori" kata lelaki itu sambil tendang dan ludah box pakcik itu.

Boleh dengar dengan jelas dia cakap dia itu penguatkuasa tetapi wajar ke dia bertindak begitu kalau betul pun dia penguatkuasa dan bagi yang tanya kenapa cuma merakamkan saja kejadian tersebut tetapi tak nak tolong.

Buat pengetahuan semua kami dah pun cuba tolong pakcik bangla tersebut sebelum merakamkan video itu, kami cuba untuk menarik mereka untuk meleraikan pergaduhan tersebut tapi ada yang ditolak sampai terkena pukul sebab itu terfikir nak buat video ini biar orang tahu.

Disebabkan lelaki itu mengaku dirinya penguatkuasa jadi yang lain pun takutlah nak masuk campur sebab takut kena sapu masuk lori sekali sebab orang itu ada menyuruh seseorang untuk bawak lori.

Menurut perakam video tersebut dia mengenali pakcik bangla tersebut dan menggambarkan bahawa pakcik tersebut adalah seorang yang baik serta pendiam dan dia pun baru tahu selepas kejadian itu yang pakcik baju merah sememangnya suka mengacau orang.

Kalau kita yang dah tahu dia itu siapa, silap-silap takut dia yang jadi sardin sebab kena tibai.

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...