Powered by Blogger.

Thursday, October 10, 2019

Video: Hanya Mampu Menangis Dan Pasrah Lihat Kekasih Jadi Isteri Orang Di Majlis Kahwin 😭😭😭


Sulawesi - Sedih itu yang dapat dikatakan apabila seorang lelaki menangis melihat kekasih hatinya berkahwin dengan orang lain di sebuah majlis Sulawesi Barat Indonesia

Lelaki yang dikenali sebagai Aswar Anas telah menjalin hubungan cinta selama 6 tahun dengan kekasih yang dikenali sebagai Asni .

Meskipun kecewa, Aswar tetap kuatkan hati dan hadir ke majlis perkahwinan Asni dengan lelaki lain tersebut. 

Namun, sebaik sampai dia tidak dapat menahan kesedihan dan menangis melihat orang yang dicintai disatukan dengan orang lain pada 2 September lepas.

Video viral di Facebook menunjukkan Aswar menyerbu masuk bilik pengantin dan terduduk di lantai depan pengantin sambil menangis teresak-esak, melihat Aswar kesedihan, Asni turut sama menangis bersamanya.

Melihat kejadian itu keluarga pengantin menenangkan kedua-dua mereka kemudian segera bawa Aswar keluar dari bilik tapi masih boleh didengari suara dia menangis dari luar

Menurut keluarga pengantin Aswar dan Asni tidak boleh disatukan kerana perbezaan agama dan Aswar dikatakan lambat masuk meminang juga menjadi salah satu punca mereka tak dapat berkahwin.