Skip to main content

Ramasamy Akan Ambil Tindakan Terhadap Laman Facebook Fitnah Dirinya


Pejabat Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang telah membuat satu laporan polis terhadap satu laman Facebook bernama Pusat Kajian Ancaman Pengganas dan Misionari di Malaysia yang telah diwujudkan dengan tujuan memaparkan kenyataan-kenyataan fitnah terhadap beberapa orang pemimpin kerajaan termasuk ke atas P Ramasamy.

Laman ini sedang memaparkan kenyataan palsu dan fitnah sejak beberapa bulan ini, dengan tujuan membuat provokasi dan cuba mengapi-apikan kebencian masyarakat terhadap Ramasamy.

Sebelum ini, dua laporan polis telah dibuat oleh pejabat kami ke atas laman Facebook ini dan juga pengendalinya. 

Juga telah dirujuk ke Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), tetapi tiada tindakan telah diambil.

Paparan-paparan fitnah laman ini sering dikongsi oleh seorang individu bernama Firdaus Wong, dengan tujuan merosakkan nama baik timbalan ketua menteri II Pulau Pinang. Ramasamy telahpun meminta peguamnya untuk menyaman individu ini, atas kenyataan-kenyataan fitnahnya sebelum ini.

Kali ini pun dia telah mengulangi tindakannya yang menyebarkan fitnah. Peguam Ramasamy akan mengambil tindakan ke atas kenyataan fitnah ini juga.

Terbaru, laman Facebook tersebut telah sengaja memuatnaik satu video yang mereka sunting pelbagai kali, dan menambah sarikata yang salah, dengan tujuan membawa makna, seolah-olah Ramasamy sedang menghasut untuk memulakan perjuangan bersenjata.

Klip video yang dimuat naik oleh laman Facebook itu adalah, asalnya dimuatnaik oleh satu stesen televisyen di Tamil Nadu, bernama Thanthi TV, iaitu sebahagian ucapannya di salah satu majlis di Chennai, Tamil Nadu, beberapa tahun yang lalu.

Dalam klip asal yang tidak disunting itu, Ramasamy secara terang telah menyatakan bahawa beliau tidak sokong perjuangan bersenjata, dan hanya perjuangan damai yang berasaskan prinsip demokratik antarabangsa adalah penyelesaian untuk apa-apa masalah.

Malah, kapsyen asal klip video itu dalam bahasa Tamil pun secara terang menyatakan bahawa “Jangan terpengaruh dengan mereka yang berkata mahu hidupkan perjuangan bersenjata”. 

Tetapi, kapsyen asal itu sengaja ditutup dengan sari kata palsu oleh laman Facebook ini.

Ramasamy, seperti yang pernah ditegaskanya berkali-kali sebelum ini, telah terlibat secara langsung dalam proses perdamaian di Sri Lanka, Aceh dan Mindanao. 

Semasa proses perdamaian, dia pernah berjumpa bukan sahaja dengan pihak LTTE, malah dengan pimpinan kerajaan Sri Lanka juga.

Sama seperti perjumpaanya dengan pimpinan Gerakan Acheh Merdeka dan Pimpinan Indonesia. Malah, Wakil Presiden Indonesia Jusuf Kalla sendiri pernah berjumpa dengan Ramasamy, susulan penglibatannya dalam proses perdamaian. 

Tetapi, sesetengah pihak, khususnya orang seperti individu dan laman-laman media sosial yang ada kaitan dengannya, sengaja mengeluarkan paparan berbentuk provokasi dan fitnah.

Pejabat timbalan ketua menteri II pada asalnya tidak mahu melayan karenah-karenah murahan pihak yang ingin menyebarkan fitnah ini, kerana percaya ianya adalah fitnah yang akan terkubur dengan sendirinya. 

Tetapi, dalam keadaan hari ini, kenyataan-kenyataan fitnah dan palsu semakin menjadi-jadi penyebarannya tanpa penghujungnya, dengan satu sahaja tujuan, iaitu mewujudkan kebencian ke atas pejabat ini dan YB secara peribadi.

Kami ambil serius perkara ini dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap semua individu yang terlibat dalam penyebaran fitnah, tohmahan dan berita palsu ini.

Di masa yang sama, saya menyeru pihak berkuasa, khususnya pihak polis dan SKMM juga tidak berkompromi dengan pihak-pihak ini dan mengambil tindakan setimpalnya. - Malaysiakini 

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...