Skip to main content

Pemburu Barang Hanyut Di Sungai.. Memang Bahaya Kerja Ini.. 😱😱😱


Serius! saya benar-benar kagum melihat aksi beberapa orang individu di dalam sebuah klip video bertajuk ‘Pemburu Kayu Bernyali’ yang tular di media sosial.

Meskipun berdepan bahaya besar, beberapa orang individu terdiri antara usia belasan tahun hingga 40-an ini dengan selamba terjun ke dalam sebatang sungai berarus deras tanpa, memakai sebarang peralatan keselamatan.

Nak tahu kenapa mereka sanggup berbuat demikian tak? Kisahnya begini, mereka bertindak sebegitu untuk mendapatkan sesuatu yang dianggap bernilai sedang hanyut di dalam sungai tersebut.

Jika di antara mereka berjaya mendapatkan barang hanyut tersebut maka dapatlah sedikit upah pada hari berkenaan.

Makin banyak ia dinaikkan ke atas darat tidak mustahil pulangan yang mereka dapat sangat lumayan.

Untuk pengetahuan anda semua, aktiviti ekstrem ini sememangnya aktiviti popular bagi masyarakat di wilayah Tinambun Sulawesi Barat, Indonesia. Situasi ini hanya boleh dilihat ketika musim tengkujuh sahaja di sebatang sungai besar digelar ‘Sungai Mandar’.

Pada musim ini, sungai utama di wilayah tersebut akan melimpah dan secara tidak langsung akan menghanyutkan banyak objek berharga. Antaranya, batang kayu, buah-buahan dan bermacam-macam lagi.

Berdasarkan perkongsian maklumat dari portal Okezone News, wilayah Tinambung menjadi kawasan penempatan bagi sebuah masyarakat yang digelar sebagai Mandar.

Tidak dinafikan, masyarakat ini cukup terkenal dengan kepakaran mereka berenang di dalam air. Jadi tidak hairanlah kebanyakan penduduk di sini bekerja sebagai nelayan.

Selain itu, mereka turut mendapatkan sumber pendapatan sampingan dengan mengambil upah mengambil barang hanyut di dalam sungai. Menurut penduduk setempat, pekerjaan ini digelar dengan nama Paqoronni ayu.

Mereka yang melakukan pekerjaan ini terdiri daripada individu berani dan sangat cekap berenang. Kepakaran dimiliki itu secara tidak langsung menghilangkan rasa takut ketika mereka berenang dalam arus air sungai deras.

Kebiasaannya, pemburu barang hanyut ini akan meninjau dari atas darat sebelum terjun ke sungai. Proses peninjauan ini selalunya dibuat di dua buah lokasi strategik iaitu di atas jambatan atau di tebing sungai.

Jika ada kenampakan objek hanyut, mereka akan terjun ke dalam sungai untuk mendapatkan objek berkenaan.

Tugasan ini boleh menjadi mudah atau susah. Ia bergantung pada keadaan atau saiz objek mereka jumpai. Jika ia kecil, hanya sekali terjunan sahaja mereka boleh mengangkat hasil ‘tuaian’ ke atas darat.

Jika objek bersaiz besar pula kemungkinan memerlukan masa lama dan para pemburu ini perlu berenang jauh beberapa meter dari lokasi mereka terjun.

Ternyata, kegiatan memburu barang hanyut dalam sungai ini mendapat reaksi ramai orang. Kebanyakan daripada mereka meluahkan rasa kagum melihat kesungguhan masyarakat Mandara yang sanggup berdepan bahaya demi sesuap nasi.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman sendiri yang pernah melakukan tugasan berbahaya itu.

Seorang pengunjung laman sosial menggunakan nama samaran Jeorge Sabriano Marbun menulis entri, “Kalo di kampung saya namanya ini disebut (markapar) atau mengambil kayu hanyut dari atas, Ini bukan cuma mengambil kayu sahaja tapi seperti kelapa, duren, kayu semua diambil”.

“Di kampung saya, namanya rantau prapat. Hal seperti ini sudah biasa bagi orang-orang perkampungan seperti kami. Saya sudah lakukan hal seperti ini 25 tahun yang lalu. Sewaktu masih tinggal di kampung”.

“Hal seperti ini seru, walaupun sangat berbahaya inilah hidup di perkampungan. Jadi sudah biasa melihat seperti ini dan bahkan sudah pernah melakukan hal seperti ini.

Ini cerita saya dan kampung saya, mana ceritamu kawan sebagai anak kampung”. - Utusan Online



Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...