Suspek berumur 24 tahun itu dilaporkan merogol mangsa yang juga tiga beradik berumur tujuh hingga 12 tahun sejak akhir tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, salah seorang mangsa yang sudah tidak tahan dengan perbuatan suspek, mengadu kepada ibu saudara mereka.
“Ibu saudara mangsa kemudiannya bertanya kepada dua lagi mangsa dan mereka turut menceritakan suspek melakukan perkara sama ke atas mereka.
“Susulan itu, ibu saudara mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Telupid pada 8 Oktober dan suspek kemudiannya dicekup.
“Siasatan lanjut mendapati, suspek merupakan pekerja keluarga mangsa sejak setahun lalu dan tinggal di rumah keluarga terbabit,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Selasa.
Menurutnhya, suspek kini direman sehingga 17 Oktober dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. - Astro AWANI