Skip to main content

Isu LTTE Polis Jangan Putar Belit Kenyataan - Guan Eng


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memohon pihak polis agar menumpukan usaha melengkapkan siasatan berhubung penahanan dua wakil rakyatnya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA).

Menteri Kewangan itu berkata, tindakan itu dirasakan lebih wajar daripada polis mengeluarkan kenyataan yang dirasakan memberi persepsi yang salah terhadap kenyataan beliau tempoh hari.

Guan Eng berkata demikian susulan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menafikan kenyataan beliau bahawa polis memberi jaminan tiada pemimpin politik DAP yang akan ditahan lagi.

“Saya harap bahawa Ayob juga baca kenyataan saya. Jangan putar belitkan kenyataan seorang pemimpin negara. Dan di sini, saya nak tegaskan bahawa memang kita beri sokongan kepada pihak polis, dan kita harap polis boleh buat siasatan daripada buat komen-komen tidak relevan, khususnya kenyataan yang saya tidak buat.

“Kenyataan saya ialah wakil rakyat. Sekiranya masih ada wakil rakyat yang ditahan itu bermakna saya diberikan pandangan yang tidak betul. Tapi biarlah kita tumpukan kepada siasatan supaya dapat cepat diselesaikan,” katanya ketika ditemui pemberita di Lobi Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Semalam, Ayob Khan dilaporkan berkata, beliau tidak pasti dari mana Guan Eng mendapat penerangan bahawa tiada lagi pemimpin politik akan ditahan berhubung dengan aktiviti LTTE di negara ini.

Pada 10 Oktober lepas, seramai tujuh individu - termasuk dua wakil rakyat dari DAP - ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam aktiviti LTTE.

Selain ADUN Gadek, G Saminathan dan ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaran, dua lagi ahli DAP yang ditahan di bawah akta yang sama ialah Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) Melaka serta ketua pegawai eksekutif (CEO) perbadanan anak syarikat kerajaan Melaka. - Astro AWANI
 

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...