Skip to main content

Siti Nor Asiah Mencadangkan Dengan Tilam


SHAH ALAM: Seorang janda dan dua lelaki dijatuhkan hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, mensabitkan mereka dengan kesalahan membunuh seorang lelaki tiga tahun lalu, yang mayatnya masih belum ditemui sehingga kini.

Hakim Datuk Abdul Halim Aman, membuat keputusan itu terhadap Siti Nor Asiah Abdul Wahab, 28; Mohd Zulhiami Md Darus, 33, dan Muhammad Rahmat Nazarudin, 25, yang didakwa membunuh Muhammad Fairul Haqimmie Mokhtar pada 29 Ogos 2016.

Abdul Halim ketika membaca keputusan, berkata pembelaan ketiga-tiga tertuduh secara keterangan bersumpah dalam kandang saksi adalah berbentuk rekaan dan penafian semata-mata.

Abdul Halim turut menyifatkan perbuatan dilakukan semua tertuduh adalah kejam, teruk dan tidak berperikemanusiaan, selain perbuatan itu dilakukan dengan niat mematikan mangsa.

MOKHTAR berdoa selepas mendengar keputusan tiga orang tertuduh dijatuhkan hukuman gantung selepas didapati bersalah membunuh anaknya, Muhammad Fairul Haqimmie Mokhtar yang mayatnya masih belum ditemui pada Ogos 2016 di Kompleks Mahkamah Shah Alam. NSTP/Sairien Nafis

“Melihat situasi ini, keterangan ditampilkan saksi ketujuh pendakwaan iaitu seorang saksi mata, jelas menyatakan dia nampak tertuduh ketiga (Muhammad Rahmat) memukul kuat kepala si mati dengan kayu hingga menyebabkan kayu berkenaan patah.

“Si mati dalam keadaan terbaring. Dia (saksi ketujuh) kata nampak si mati rebah menggelupur dan nampak darah di lantai serta dinding akibat pukulan itu.

“Sebelum si mati pengsan, saksi nampak Siti Nor Asiah dan Muhammad Rahmat berbincang, malah Siti Nor Asiah mencadangkan mayat dibungkus dengan tilam. Muhammad Rahmat memberitahu saksi, dia memukul si mati atas upah duit yang ditawarkan Siti Nor Asiah,” katanya.

Berikutan itu, Abdul Halim memerintahkan semua tertuduh digantung sampai mati mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, seperti tuduhan dihadapi mereka.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Zulhiami dan Siti Nor Asiah didakwa bersubahat bersama Muhammad Rahmat membunuh Mohammad Fairul Haqiemie, antara jam 12.30 tengah malam hingga 1 pagi pada 29 Ogos 2016 di sebuah pangsapuri di Jalan Dato Yusof Shahbudin 3 Taman Sentosa Klang.

Muhammad Rahmat juga turut didakwa membunuh Mohammad Fairul Haqiemie pada jam 4 pagi, di lokasi dan hari sama.

Sepanjang prosiding dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datin Zuraini Abdul Razak, seramai 12 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan dan 41 eksibit dikemukakan. - Berita Harian Online





Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...