Lapan Jam Datuk Seri Najib Razak Berada Di Luar Rumah - Jabatan Penjara Jawab

Lapan Jam Datuk Seri Najib Razak Berada Di Luar Rumah - Jabatan Penjara Jawab
PETALING JAYA – Tempoh hampir lapan jam Datuk Seri Najib Razak berada di luar kediamannya pada Jumaat bukan hanya untuk menunaikan solat Jumaat, malah turut membabitkan beberapa urusan lain termasuk pemeriksaan kesihatan, pengajian al-Quran dan sesi kaunseling. Jabatan Penjara dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil maklum laporan media berhubung pergerakan bekas Perdana Menteri itu yang dilaporkan berada di luar kediamannya selama hampir lapan jam. Menurut kenyataan itu, pergerakan Najib bermula pada pukul 10.25 pagi dan berakhir pada 6.25 petang. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah menghadiri janji temu pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan susulan di Jabatan Ortopedik. Selain itu, Najib turut menunaikan solat Jumaat di Masjid Penjara Kajang sebelum mengikuti sesi pengajian al-Quran bersama ustaz daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Penjara Kajang. Beliau turut menjalani sesi kaunseling bersama Pegawai Psikologi...

Wanita Koma Selepas Bersalin, Kesihatan Semakin Merosot 😭😭😭


TUMPAT - Kesihatan wanita yang lumpuh selepas melahirkan anak ketujuhnya enam bulan lalu semakin merosot.

Anaknya sulungnya, Nur Fatin Shahira Ibrahim, 22, berkata, ibunya kerap muntah selepas minum susu yang dimasukkan melalui tiup khas.

Bagaimanapun katanya, dia tetap memberi ibunya minum enam kali sehari tetapi mengurangkan kualitinya.

"Kami semua buntu dengan dengan keadaan ibu. Bulan depan ibu perlu bertemu doktor di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)," katanya.

Menurut Nur Fatin Shahira, punggung ibunya juga berkudis serta bernanah akibat terlalu lama terlantar menyebabkan kesukaran menukar lampin pakai buang.

Katanya, saluran kencing ibunya juga bercampur darah.

Pada Julai lalu, Sinar Harian melaporkan Norazlina Hasan, 42, di Kampung Laut 1 terlantar di atas katil dan bergantung kepada susu yang dimasukkan melalui tiub.

Setiap kali anaknya, Nor Amalina Eliya Ibrahim, diletakkan di dalam pangkuan, Norazlina akan menitiskan air mata walaupun badannya dalam keadaan kaku.

Kunjungan kedua Kelab Kebajikan Cakna Kelantan (KKCK) ke rumah Norazlina bersama Pengasas CM Asnaf Solution, Che Nor Hayati Mohamad hari ini menyumbang penyedut kahak.

Pengerusi KKCK, Pui Tiong Lam berkata, sebelum ini peralatan berkenaan disewa ahli keluarga Norazlina. - Sinar Harian